Liew Daren Sebagai Penolong Jurulatih, Rakan Sepelatih Peribadi – Lee Zii Jia

Liew Daren Sebagai Penolong Jurulatih, Rakan Sepelatih Peribadi – Lee Zii Jia

PERSEORANGAN profesional negara, Lee Zii Jia, akan turun beraksi dalam kejohanan Badminton Terbuka Jerman bermula Selasa ini dengan pasukan baru.

Selepas mengumumkan Indra Wijaya sebagai jurulatihnya, pemain nombor tujuh dunia itu kini mengumumkan pula kehadiran pemain veteran, Liew Daren, yang akan membantunya mencapai misi pingat emas dalam Sukan Olimpik Paris 2024.



“Dalam pasukan saya, kebanyakan sudah tahu saya ada jurulatih Indra,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifly.

“Kemudian kami juga ada ahli fisioterapi, Sandra (Fiedler), yang merupakan bekas pegawai ISN (Institut Sukan Negara).

“Jurulatih kecergasan saya pula adalah Lim Joe Heang, dia juga baru sahaja meninggalkan BAM (Persatuan Badminton Malaysia).

“Kemudian, Liew Daren akan bertindak sebagai penolong jurulatih dan rakan sepelatih saya kerana dia pemain yang berpengalaman dan senior saya.

“Selain itu, saya juga memiliki dua rakan sepelatih separuh masa.



“Saya amat gembira mendapatkan mereka dalam pasukan saya kerana ia memang satu pasukan yang saya inginkan sejak sekian lama dan ia menjadi kenyataan.

“Saya amat bertuah dan gembira untuk bekerjasama dengan mereka. Saya amat yakin dengan mereka.

“Saya memberitahu mereka bahawa kami merupakan sebuah keluarga dan sasaran kami sama, Sukan Olimpik Paris 2024. Hanya itu yang kami mahukan,” katanya.-AA

Liew Daren Sebagai Penolong Jurulatih, Rakan Sepelatih Peribadi – Lee Zii Jia



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker