PRN Johor : Razlan Yakin Calon BN Terbaik Buat Rakyat
Oleh Leftenan Adnan
Lima ikhtiar yang diperkenalkan Barisan Nasional (BN) termasuk Kemajuan Ekonomi, Kesejahteraan Rakyat, ikhtiar khusus untuk Orang Muda Johor (OMJ), ikhtiar untuk membudayakan Pentadbiran Berintegriti dan ikhtiar untuk melaksanakan Reformasi Politik telah diterima baik oleh rakyat Johor.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, ia berikutan perancangan tersebut selari dengan kestabilan demi masa depan. Masa depan yang dijanjikan telah dikaji sebaik mungkin untuk pembangunan lebih baik buat negeri Johor. Perkara ini semua penting untuk memberi manfaat buat rakyat Johor demi kestabilan yang telah dirancang.
Parti lawan dikhabarkan tidak membicarakan mengenai manifesto atau perancangan masa depan rakyat Johor sepanjang siri kempen mereka hanya melemparkan politik kebencian. Oleh sebab ini, sudah pastinya parti lawan akan ditolak rakyat pada 12 Mac ini.
Tambah beliau, penampilan ramai muka-muka baharu oleh BN pada kali ini merupakan calon yang telah dipersiapkan dengan pengalaman mentadbir urus negeri dan isu tempatan. Ramai diantara Calon-calon BN berpengalaman sebagai ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum ini sudah pastinya akan memahami nadi denyut masyarakat tempatan tidak seperti calon parti lawan.
“Kalau kita lihat rekod parti lawan. Pejuang mereka tidak ada pengalaman di peringkat negeri pun. Perikatan Nasional(PN) mereka yang kalah dalam pemilihan dalaman UMNO mencari tempat. Parti Ikatan Demokratik (MUDA) sepatutnya mencerminkan orang muda tapi calon sudah berusia. DAP sekarang pun mereka sedang mengalami perpecahan yang sangat kronik.”
“Kita mengamalkan kempen secara sihat, tidak menabur janji dan berhasad dengki. Kita tidak menuduh mereka kluster mahkamah sedangkan pemipin parti lawan juga ada yang bekas banduan dan ada yang sedang dibicarakan kes di mahkamah. BN sudah lama mengamalkan kempen secara sihat dan tidak seperti parti lawan yang mengamalkan kempen murahan yang sudah menjadi kebiasaan mereka.”
“Saya juga percaya rakyat akan memberi mandat kepada BN sekali gus memenangi majoriti besar pada PRN Johor nanti seperti di Melaka tempoh hari,” katanya
Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus berbanding hanya 1.8 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18.