Kuala Lumpur dilanda banjir kilat, beberapa lokasi tenggelam
KUALA LUMPUR – Hujan lebat sekitar jam 3 petang menyebabkan beberapa lokasi di sekitar ibu kota dilanda banjir kilat antaranya Kampung Baru, Bukit Bintang dan Jalan Kuchai Lama.
Menerusi gambar tular di media sosial, beberapa kenderaan yang diletakkan bersebelahan bangunan Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) kelihatan ditenggelami banjir.
Seorang pengguna Facebook, Nubailah Muda, 39, berkata, dia bersama suami serta tiga anak terperangkap dalam kereta selepas paras air naik sehingga 0.5 meter di Jalan Kuchai Lama.
“Mohon doakan hujan di Kuala Lumpur segera berhenti. Kami tersangkut dalam banjir,” luahnya
Menurutnya, kejadian berlaku sekitar 4 petang sewaktu mereka dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas selesai urusan di Jalan Klang Lama.
“Kami tak boleh gerak kerana air semakin tinggi, kebanyakan lori juga mengundurkan kenderaan kerana air deras di hadapan.
“Buat masa ini hujan dah semakin reda dan masih menunggu air surut. Doakan hujan cepat berhenti, ” katanya.
Perkembangan itu disahkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
Warga maya uga mula berkongsi gambar dan laporan yang memaparkan lebuh raya yang dinaiki air, dengan ramai yang cuba menyelamatkan kenderaan masing-masing.
Lebuhraya Pantai Baharu dalam satu hantaran di Twitter memaklmumkan bahawa Terowong Kuchai telah ditutup sejak jam 4.20 petang, tadi dan menasihatkan pengguna lebuh raya mencari laluan alternatif.
Sementara itu, pada jam 4.45 petang, Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd memaklumkan Terowong Smart ditutup sepenuhnya bagi persediaan operasi banjir.
Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan banjir kilat di Petaling Jaya, Klang dan Shah Alam.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin kata pengundi Cina jangan takut, PAS sudah tinggalkan Hudud
- Tok Mat lipat Tajuddin
- Krisis Rusia-Ukraine: Jeneral Perang Rusia Dibunuh Penembak Tepat Di Ukraine
- PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
- Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
- PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
- PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
- Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]
Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]
Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin
Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat
You must be logged in to post a comment.