Jeritan Menantu Selamatkan Mentua

Jeritan Menantu Selamatkan Mentua

Jasin: “Kejadian berlaku amat pantas, api sangat marak dan tidak sampai 10 minit habis terbakar satu rumah sebelum terdapat bunyi letupan dari dalam.

“Mujur saya cepat tersedar sebelum menjerit memanggil emak dan bapa mentua meminta mereka keluar untuk menyelamatkan diri,” kata saksi kebakaran Suhana Abd Razak, 40.



Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, kediaman mentua wanita terbabit di Kampung Bukit Senggeh, di sini, musnah terbakar.

Menurut Suhana, ketika kejadian ibu serta bapa mentuanya berusia 70 dan 80-an dikatakan sedang tidur di ruang tamu.

“Ketika itu saya baru hendak makan sebelum terhidu bau benda terbakar, lalu menjengah keluar untuk mengetahui arah datangnya bau terbabit.

“Memang terkejut serta panik apabila ternampak kepulan asam hitam di bawah serambi rumah, dalam keadaan menggigil saya kuatkan diri menelefon bomba meminta bantuan,” katanya.



Katanya, walaupun tiada satu barang dapat diselamatkan dia bersyukur kerana ibu, bapa mentua serta seorang anak saudaranya yang turut tinggal di rumah terbabit selamat.

“Mereka keluar sehelai sepinggang selepas kami menjerit meminta keluar,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.05 petang sebelum dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin dan BBP Jasin Bestari bersama sembilan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati api sudah marak dan pasukan bomba mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah sebelah.



“Anggaran kebakaran membabitkan kira-kira 90 peratus. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.-HM

Jeritan Menantu Selamatkan Mentua

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah



Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker