Ganja ‘senjata rahsia’ Thailand untuk kembali tarik pelancong

BANGKOK: Thailand akan menjadikan ganja sebagai ‘senjata rahsia’ untuk mengembalikan pelancong ke negara ini.

Setiausaha Suruhanjaya Kesihatan Awam Chatchai Trakulrungsi berkata, langkah negara itu menarik pengharaman barang larangan itu itu di samping mengisytiharkan Covid-19 sebagai endemik, akan membantu pelancongan di Thailand bangkit semula.

Memetik Siamrath, Chatchai membuat kenyataan pada hujung minggu pada persidangan ganja perubatan di Universiti Teknologi Rajamangala Surin.

Ramai pakar dan pegawai membincangkan faedah menyahjenayahkan tumbuhan itu, bukan sahaja untuk tujuan kesihatan, tetapi juga untuk ekonomi.

Walau bagaimanapun, sementara kafe dan kedai yang menjualnya telah muncul di seluruh Thailand. Produk yang dijual dikatakan tidak akan menyebabkan khayal. Ini kerana ekstrak bahan itu dengan lebih daripada 0.2 peratus komponen psikoaktif tetrahydrocannabinol, atau THC, kekal menyalahi undang-undang.

Dengan Thailand satu-satunya negara di Asia yang menarikan balik pengharaman penggunaan tumbuhan itu, negara ini mempunyai ‘senjata rahsia’ untuk menarik pelancong, kata Chatchai ketika bercakap pada persidangan itu.

Chatchai membandingkan jenis ganja Thai dengan ‘beras’ berdasarkan keunikannya, yang boleh menjadi titik jualan besar di pentas global.

Dia juga mendakwa bahawa sembilan daripada 10 pelancong ingin mencubanya dalam beberapa bentuk.

Persidangan itu yang bertajuk ‘Menyahjenayahkan Ganja Membina Kesihatan dan Mencipta Pendapatan”, adalah sebahagian daripada sesi penerangan mengenai menghalalkan ganja oleh Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul.

Pelancong, orang awam dan ahli perniagaan hadir untuk mendengar seminar oleh pakar tentang cara menanam dan menjaga tanaman ganja secara sah di rumah.

Ganja ‘senjata rahsia’ Thailand untuk kembali tarik pelancong

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker