2 Maut, Lori Rempuh Motosikal Bawah Jejambat [VIDEO]

2 Maut, Lori Rempuh Motosikal Bawah Jejambat [VIDEO]

Gurun: Dua maut manakala beberapa penunggang motosikal yang berteduh di bawah jejambat parah selepas dirempuh lori di Kilometer 92.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) Arah Selatan, dekat sini, hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian 3.30 petang itu, semua mangsa berteduh daripada hujan lebat di bawah jejambat berkenaan.

Bagaimanapun, mereka dirempuh lori yang dikatakan mengalami kerosakan sehingga lelaki yang memandu lori berkenaan hilang kawalan.

Akibatnya, lori berkenaan terbabas ke tepi lebuh raya dan merempuh beberapa penunggang motosikal sehingga membuatkan mereka tercampak ke dalam longkang berhampiran.

Dalam video dan foto yang tular di media sosial kelihatan tiga lelaki sedang merintih menahan kesakitan akibat kecederaan dialami selepas dirempuh lori.

VIDEO DIBAWAH:-

Difahamkan, sekurang-kurangnya sembilan motosikal berada di bawah jejambat itu manakala jumlah keseluruhan mangsa yang terbabit dalam nahas berkenaan masih disiasat.

Setakat ini, polis dilaporkan baharu selesai menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan dua mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk tindakan lanjut.-BH

2 Maut, Lori Rempuh Motosikal Bawah Jejambat [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker