Pemberian Vaksin COVID-19 Tidak Wajar Jadi Bahan Kempen PRN – Khairy

Pemberian Vaksin COVID-19 Tidak Wajar Jadi Bahan Kempen PRN – Khairy

SKANDAR PUTERI, 5 Mac – Program pemberian vaksin COVID-19 secara percuma kepada rakyat tidak wajar dijadikan bahan untuk berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata ini kerana vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) itu merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan dan bukan daripada parti-parti politik tertentu.



“Ia adalah program daripada semua… kerajaan di peringkat Persekutuan. Kerajaan boleh ambil kredit. Mungkin mereka mahu kata sebagai wakil dalam kerajaan, namun kita pun boleh ambil kredit yang sama. Tak perlu jadikan sebagai bahan kempen PRN,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Arahan Barisan Nasional Iskandar Puteri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kempen sebuah parti yang didakwa menggunakan papan iklan berkaitan vaksin percuma dan menyatakan program berkenaan merupakan inisiatif parti tersebut.

Sementara itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata semua pihak termasuk parti politik yang bertanding pada PRN Johor diingatkan supaya bersaing secara sihat dan tidak memandang remeh terhadap parti-parti baharu.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu berkata penghormatan perlu diberikan kepada parti-parti baharu kerana setiap parti yang bertanding pada pilihan raya kali ini mempunyai idea dan matlamat tersendiri.



“Kita jangan pandang rendah… semua parti mempunyai idealisme dan visi termasuk Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Warisan… semua ada maruah sendiri begitu juga Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional, jadi tidak perlu kita meremehkan usaha mereka.

“Semua ada pentas yang sama rata untuk meraih undi daripada rakyat, tidak perlu kita memperlekehkan mana-mana pihak… Kita buat secara sihat, kementerian pun mengesyorkan prosedur operasi standard (SOP) yang agak baik, selamat maju jaya kepada semua,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai hari pengundian PRN Johor, manakala pengundian awal pada 8 Mac. – BERNAMA

 



Pemberian Vaksin COVID-19 Tidak Wajar Jadi Bahan Kempen PRN – Khairy

 

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 



Mahathir: Najib Bogel Bogel Bogel

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker