Debat MCA dan DAP gagal dapat permit polis

Cabaran berdebat antara MCA dan DAP yang telah berlarutan selama seminggu tidak kesampaian selepas kedua-dua parti gagal mendapatkan kebenaran pihak polis untuk menganjurkan program berkenaan.

Setiausaha MCA negeri, Ng Keng Heng berkata, dia menerima notis daripada ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan yang memaklumkan permohonan mereka untuk mengadakan program itu ditolak Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Lim Jit Huey,

Acara itu dijadualkan berlangsung pada pukul 2 petang hari ini di Johor Bahru.



Ng, dalam satu kenyataan, berkata polis berpendapat acara itu bersifat politik dan bimbang berlaku provokasi.

“Polis juga berpendapat penganjur boleh mengadakan debat selepas pilihan raya Johor dan tidak ada keperluan untuk ia diteruskan sepanjang tempoh berkempen,” katanya.

Cabaran debat itu pertama kali dilontarkan presiden MCA Wee Ka Siong semasa majlis makan malam sempena ulang tahun parti itu di Yong Peng, Johor pada 25 Feb.

Wee mencabar Ahli Parlimen Kulai dari DAP, Teo Nie Ching, yang merupakan bekas timbalan menteri pendidikan, untuk berdebat mengenai isu pendidikan Cina.



Teo segera menerima cabaran itu tetapi Wee kemudian meminta untuk berdebat dengan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

Wee berkata cabaran debatnya kepada Teo hanyalah untuk “memancing” Lim.

MCA juga menaikkan poster mengumumkan debat antara Wee dan Lim pada 6 Mac di Johor Bahru walaupun ahli parlimen Bagan itu masih belum memberi jawapan.

Di media sosial, Wee turut berkongsi gambar dewan yang telah ditempah untuk acara debat berkenaan dengan tertera gambarnya dan Lim di sisi pentas.



Bagaimanapun, Teo berkata Wee perlu berdebat dengannya terlebih dahulu seperti cadangan asal.

Selepas polemik ini berlanjutan sehingga memasuki pertengahan kempen PRN Johor, kini debat yang dicanang gagal untuk diadakan.

Untuk rekod, MCA bertanding di 15 kerusi DUN pada PRN Johor.

Parti itu gagal memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya umum 2018.



Kempen PRN Johor bermula pada 26 Feb dengan rakyat Johor akan keluar mengundi pada 12 Mac.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mahathir: Najib Bogel Bogel Bogel

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker