2,019 kes baharu Covid-19, ICU pada kapasiti meningkat 42%

PETALING JAYA: Sebanyak 2,019 pesakit baharu membabitkan kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Daripada jumlah itu, sebanyak 1,247 kes atau 61.8% dalam kategori 1 dan 2 manakala baki 772 kes atau 38.2% adalah kategori 3 hingga 5.

Selangor merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 343, diikuti Perak (249), dan Johor (239).

Sementara itu, sebanyak 1,521 pesakit dibenarkan pulang semalam.

Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula ialah 883 atau 42% daripada jumlah kapasiti.

Katil ICU di tujuh negeri melebihi penggunaan 50% kapasiti adalah Putrajaya (83%), Johor dan Kuala Lumpur (masing-masing 65%), Perlis (64%), Kelantan (63%), Selangor (62%) dan Perak (55%).

Sejumlah 226 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 26% daripada keseluruhan ventilator.

Sebanyak 11 kluster baharu dilaporkan semalam, menjadikan keseluruhan 6,837 kluster dikesan sehingga kini dengan 474 daripadanya aktif.

Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 1.05.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mahathir: Najib Bogel Bogel Bogel

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker