‘Tutup kedai, tarik lesen jika jual nombor ekor’ – MB Kedah
‘Tutup kedai, tarik lesen jika jual nombor ekor’ – MB Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi amaran kepada pemilik kedai runcit yang berselindung menjual nombor ekor di premis tersebut.
Menurutnya, kerajaan negeri tidak akan berkompromi sekiranya premis terbabit dikenal pasti terlibat dalam perjudian tersebut dan tidak akan teragak-agak menarik semula lesen perniagaan.
“Kalau kedai tersebut kena tangkap ada jual nombor ekor, sekali dengan kedai kita arah tutup. Berhentilah sebelum ditangkap kalau tak mahu kedai ditutup,” katanya ketika berucap pada perasmian Karnival Rakyat Parlimen Jerai di Dewan Serbaguna di sini pada Sabtu.
Muhammad Sanusi berkata, pihaknya mempunyai pendekatan tersendiri bagi memastikan apa yang dikuatkuasakan di negeri ini dilaksanakan dengan jayanya.
“Saya tahulah cara nak buat macam mana untuk banteras aktiviti perjudian di Kedah. Ini termasuk yang berselindung di sebalik kedai kafe siber tetapi aktiviti sebenarnya adalah premis judi secara dalam talian, ini pun kita sedang teliti,” katanya lagi.
Menurutnya, kerajaan negeri mahu menjadikan Kedah sebagai negeri bebas judi pada masa depan dan serius membanteras aktiviti tidak bermoral itu.
“Kita akan lawan habis-habisan, kalau tak mahu kedai kena tutup, hentikan segera aktiviti judi-SH
‘Tutup kedai, tarik lesen jika jual nombor ekor’ – MB Kedah
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin, Mahathir saling bercakaran dalam kempen PRN Johor
- Mahathir semua ‘taktau’
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Ini penjelasan kerajaan berkaitan bayaran RM63 bilion kepada waris sultan Sulu
- Teresa Kok akhirnya disiasat selepas ugut polis
- Ketahui 10 Fakta Pelakon Thailand Tangmo Nida Yang Maut Jatuh Di Sungai Chao Phraya
- Selena Gomez Selamba Berkaki Ayam Naik Pentas Selepas Hampir Tergelincir Di Red Carpet [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Leissner sogok suami Zeti
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah
Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.