Krisis Rusia-Ukraine: Rusia Sekat Akses Facebook

Krisis Rusia-Ukraine: Rusia Sekat Akses Facebook

MOSCOW: Badan pemantau komunikasi Rusia pada Jumaat mengumumkan ia menyekat akses kepada Facebook sebagai reaksi kepada sekatan yang dikenakan syarikat rangkaian sosial itu ke atas beberapa saluran media Rusia, lapor Agensi Anadolu (AA).

Dalam satu kenyataan di laman webnya, Pemantau Komunikasi, Teknologi Maklumat dan Media Massa Perkhidmatan Persekutuan Rusia, Roskomnadzor berkata Facebook telah 26 kali mendiskriminasi media Rusia sejak Oktober 2020.



Kebelakangan ini, Facebook mengehadkan akses kepada laman web dua saluran TV Rusia, dua agensi berita utama dan dua saluran media.

Sekatan yang dikenakan oleh Facebook adalah dilarang oleh undang-undang persekutuan Rusia, dan ia melanggar prinsip kebebasan penyebaran maklumat dan akses percuma pengguna Rusia kepada media Rusia di platform internet asing, kata Roskomnadzor.

Beberapa negara Barat baru-baru ini menutup syarikat media antarabangsa Rusia, Russia Today dan agensi berita Sputnik sebagai sebahagian daripada pakej sekatan yang dikenakan ke atas negara itu di tengah-tengah perang Rusia-Ukraine yang bermula pada 24 Feb.

Serangan Rusia ke atas Ukraine mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa, dengan Kesatuan Eropah, United Kingdom, dan Amerika Syarikat melaksanakan pelbagai sekatan ekonomi ke atas Rusia.– BERNAMA



Krisis Rusia-Ukraine: Rusia Sekat Akses Facebook

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah



Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker