Ismail Sabri gariskan empat hala tuju pembangunan landskap negara

smail Sabri (tengah) diiringi Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad (tiga, kiri) dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (tiga, kanan) ketika hadir pada sambutan Hari Landskap Negara di Taman Eko Flora, pada Sabtu. Foto Bernama

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Sabtu menggariskan empat hala tuju yang perlu diberi perhatian, bagi pembangunan landskap negara pada masa hadapan.

Empat hala tuju itu, antaranya melibatkan usaha memperkemas sistem jaringan landskap negara, dengan keutamaan diberikan kepada perluasan penyediaan infrastruktur hijau negara, menerusi pendekatan program pembangunan landskap yang menyeluruh.

“Kedua ialah mendaya upaya potensi dan nilai ekonomi industri landskap. Seiring dengan perubahan global, sewajarnya kita mendaya upayakan potensi industri landskap negara sebagai satu nilai ekonomi atau sebagai satu sumber pulangan dan ekonomi baharu negara.

“Ketiga ialah melindungi aset landskap Keluarga Malaysia. Satu kaedah kawalan secara perundangan diwujudkan, bagi memastikan aset landskap dapat dilindungi selain pendidikan berterusan secara lebih berkesan kerana kehilangan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena sambutan Hari Landskap Negara 2022 (HLN2020) di Taman Bandar Ekoflora, Johor Bahru, di sini, pada Sabtu.

Hala tuju keempat, katanya ialah mempertingkat kualiti perkhidmatan landskap negara, di mana organisasi landskap yang lengkap di peringkat agensi, negeri dan tempatan perlu memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada Keluarga Malaysia.

Dengan hala tuju yang dicadangkan itu, Ismail Sabri berharap pembangunan landskap pada 25 tahun akan datang, menjadi lebih maju dan menawarkan kualiti landskap yang unggul untuk dinikmati oleh generasi mendatang dan segala usaha ini perlu bermula pada hari ini.

Anak penoreh getah jadi Perdana Menteri Malaysia
Beliau berkata, kerajaan juga berhasrat agar setiap negeri mempunyai taman awam berkonsepkan Taman Persekutuan dan dapat meningkatkan akses rakyat kepada kawasan landskap.

Kata Ismail Sabri, ia sekali gus meningkatkan jumlah kawasan hijau di kawasan perbandaran, yang menjadi faktor utama penyumbang karbon rendah dan keselesaan persekitaran bandar, yang memberi impak kepada peningkatan kualiti persekitaran dan kehidupan Keluarga Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, dalam tempoh 25 tahun ini, taman seluas kira-kira 9,467 hektar telah dibangunkan di seluruh negara dan melalui kerjasama semua pihak, kualiti pembangunan landskap yang indah dan damai telah bercambah.

“Rakyat menyedari kepentingan landskap dalam persekitaran dan kesejahteraan kehidupan. Taman-taman dan kawasan rekreasi awam telah dijadikan ruang terapi Keluarga Malaysia, dalam usaha meredakan tekanan hidup yang secara langsung, menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan mental dan fizikal.

“Data menunjukkan jumlah pengunjung ke Taman Persekutuan Bukit Kiara mencatatkan peningkatan sebanyak 287.10 peratus pada 2021 berbanding tahun sebelumnya, dan ini membuktikan kepentingan taman menjadi ruang rekreasi utama Keluarga Malaysia semasa pandemik Covid-19,” katanya. – Bernama

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker