PRN Johor: Mereka Berlumba Memfitnah Sesama Sendiri

Oleh Megat Terawih

Rakyat sedang bergelut dengan pelbagai masalah akibat pandemik covid 19. Kesannya amat besar sehinggakan banyak perniagaan dan perusahaan teruk terjejas yang membawa kepada penutupan operasi perniagaan.

Rantaian permasaalahan itu menyebabkan ramainya yang terpaksa diberhentikan dan terpaksa menukar kerjaya demi survival. Gaji berkurang adalah lebih baik dari tiada langsung pendapatan untuk meneruskan kehidupan.

Ada juga yang asalnya berniaga tetapi kerana pandemik covid19 maka terpaksa makan gaji.

Di Johor juga tidak terkecuali. Bezanya di Johor adalah bukan sahaja terkesan dengan pandemik virus maut tersebut tetapi kerana tersilap pilih kerajaan ketika pilihanraya umum ke 14.

Selama 22 bulan di bawah kerajaan pakatan harapan, ekonomi Johor menguncup dengan teruk. Dari negeri yang mempunyai pendapat berbilion ringgit setiap tahun, menjunam ke angka yang mengerikan.

Rakyat bertambah susah dan negeri tidak terurus dengan baik. Segala apa yang pakatan harapan janjikan hanyalah pembohongan yang nyata. Akhirnya mereka mengaku bahawa segala janji yang dibuat ketika PRU ke 14 bukanlah janji untuk ditunaikan.

Apabila kerajaan negeri campuran dibentuk dan UMNO Barisan Nasional memimpin maka ada sedikit sinar di hujung terowong.

Namun kerana kerajaan negeri bukan sebuah kerajaan yang solid jumlah kerusi untuk mandat mentadbir maka keputusan membubar dewan undangan negeri terpaksa diambil demi menubuhkan sebuah kerajaan baharu yang lebih stabil dengan mandat dari rakyat yang kukuh.

Kini segalanya terserah kepada rakyat Johor untuk menentukan negeri ini kembali semula kepada sebelum PRU ke 14 dan yang lebih baik.

Rakyat berkuasa memilih kerajaan dari parti yang boleh tunaikan apa yang mereka janjikan. Bukti sudah ada di depan mata. Sebelum PRU ke 14 dan selepas itu.

Sepanjang siri kempen pilihanraya negeri Johor, rakyat boleh menilai sendiri parti mana yang sentiasa perihatin kepada rakyat dan kumpulan parti mana yang hampir setiap saat memfitnah parti lain dan paling teruk mereka di dalam kumpulan yang sama pun berantakan sesama sendiri.

Pilihan di tangan pengundi. Mahu menjerut leher dengan parti yang sudah tidak berani untuk berjanji atau parti Barisan Nasional yang menggariskan halatuju negeri Johor selepas ini.

Bangsa Johor, jangan sampai kena kencing kali kedua.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker