PRN Johor: Din Pudu Tunggu Pilihanraya Baru Sibuk ‘Melongkang’

Oleh Nurul Aishah

“Menipu itu mudah dan berbohong itu murah harganya”

Itu perumpamaan politik ‘kedai kopi’ orang dulu-dulu, zaman tiada internet seperti hari ni.



Ahli parlimen PAN yang asalnya dari PAS ini seperti orang baru keluar dari gua, tiba-tiba sahaja mencari longkang sebagai modal utama kempen beliau bagi membantu calon PAN di DUN Simpang Jeram.

Siap ada pasukan untuk siri memburu longkang mana yang keadaannya perlu di beritakan di laman sosial miliknya. Niatnya hanya satu, biar viral longkang tersebut dan beliau akan dijulang sebagai hero longkang di pilihanraya negeri Johor.

Beliau lupa siapa kerajaan Johor selepas pilihanraya umum ke 14. Sebagai ahli parlimen dari Johor, beliau hanya turun padang ketika pilihanraya negeri sahaja? Di mana beliau sebelum ini?

Salahuddin atau lebih dikenali dengan nama Din Pudu dilantik menjadi Menteri Pertanian selepas PRU ke 14 dan pernah menjadi topik hangat di kalangan rakyat apabila mengeluarkan data jumlah ikan yang berada di laut negara ini. Dari mana angka 3 bilion ekor ikan masih menjadi misteri dan tidak terjawab sehinggalah beliau tidak lagi menjadi menteri.



Begitu juga negara agak kecoh dengan idea beliau supaya nelayan menanam nenas di belakang rumah masing-masing sebagai menampung pendapatan yang tidak menentu. Kecoh nelayan di Semporna Sabah, rumah mereka di atas air dan mereka puluhan tahun tidak pernah mempunyai tanah sendiri. Adakah perlu tanam nenas di dalam pasu?

Umpama si Tora datang lagi. Gaji ahli parlimen yang beliau suap untuk anak isteri selama menjadi wakil rakyat itu untuk kerja apa sebenarnya? Bagaimana sekiranya tiada pilihanraya kecil atau pilihanraya negeri? Adakah Salahuddin kekal beradu di dalam gua?

Rakyat Malaysia bernasib baik kerana kerajaan pakatan harapan hanya mampu bertahan selama 22 bulan sahaja. Tidak mampu bayangkan sekiranya pakatan harapan yang rata-rata memiliki kualiti menteri seperti Din Pudu ini.



Bangsa Johor, jangan serahkan negeri anda kepada parti yang di dalamnya hanya berfikiran untungkan diri sendiri sahaja.

Din Pudu sudah bertukar menjadi Din Longkang.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker