Hishamuddin Harap Rapatkan Barisan, Teruskan Kerja Keras Demi Kemenangan [VIDEO]

Hishamuddin Harap Rapatkan Barisan, Teruskan Kerja Keras Demi Kemenangan [VIDEO]

Bendahari Barisan Nasional (BN) merangkap Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melahirkan keyakinan BN akan kembali mendapat mandat dan menjadi pilihan rakyat.

Beliau berkata di Sembrong ini terdapat dua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu Kahang dan Paloh, maka tentunya jentera parti berusaha semaksima demi kemenangan BN.

“Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, BN kalah dengan 700 undi saja namun walaupun PH menang, sehingga sekarang ini tiada apa yang dilakukan oleh mereka (PH).

“Walaupun berbagai alasan yang diberikan wakil rakyat pembangkang semasa mereka berkuasa dulu namun hujah-hujah sebegitu tidak laku lagi, mereka masih dengan janji-janji kosong yang tidak berasas,” tegasnya.

Dalam masa yang sama, Hishammudin berharap agar jentera parti akan meneruskan gerak kerja sehinggalah hari pengundian.

“Saya harap kali ini kita dapat merapatkan barisan serta memastikan Sembrong menang iaitu pengundi tidak melihat warna kulit, agama dan latar belakang calon.

“Kelainan yang ada dalam calon BN di Sembrong adalah kekuatan yang tentunya kita harap kekuatan itu akan diterima oleh orang ramai supaya dapat pastikan calon kita ini menang pada tarikh pembuangan undi nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di bilik gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Muhibbah, Paloh, Sembrong, hari ini.

Turut hadir calon bagi DUN Paloh, Lee Ting Han. – UMNO Online

 

Hishamuddin Harap Rapatkan Barisan, Teruskan Kerja Keras Demi Kemenangan [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker