Gadis Tajikistan terkenal kerana fasih loghat utara [VIDEO]

GEORGETOWN: Melihat perwatakannya yang ceria dan bersahaja ketika membuka bicara dalam loghat utara, tidak hairanlah gadis berasal dari negara Asia Tengah, Dushanbe, Tajikistan ini sangat dikenali dalam kalangan pelayar media sosial Malaysia.

Sabrina Abdulloeva, 23, sinonim dengan kandungan video di aplikasi TikTok mengenai ‘Siri Abuden’ yang memaparkan situasi dalam masyarakat yang gemar bertanyakan soalan tidak logik meskipun sudah mengetahui jawapan pada persoalan diajukan kerana ketandusan idea untuk berbual.

“Sebelum ini memang ada buat content (kandungan) TikTok tetapi sekadar memaparkan mengenai apa yang saya belajar di universiti iaitu subjek Biologi.



“Namun, segalanya berubah apabila membuat content video lucu seperti Siri Abuden di TikTok menggunakan loghat utara sekadar memenuhi masa lapang di rumah ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2019,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti (HAC), Universiti Sains Malaysia (USM), di sini, baru-baru ini.

Kata anak sulung dari empat beradik itu, dia tidak menyangka video tersebut tular dalam platform media sosial seperti Facebook dan Instagram dalam beberapa hari dan menyedari rata-rata pengguna media sosial lebih berminat mengetahui latar belakangnya ekoran tertarik dengannya yang petah bercakap dalam loghat utara.

“Ada yang tanya apakah saya ini anak kacukan Melayu dan ‘mat saleh’ sehinggakan fasih cakap loghat utara, berapa lama duduk (tinggal) di Malaysia dan sebagainya.

“Tetapi sebenarnya, saya langsung tiada darah mahupun pertalian dengan orang Malaysia memandangkan adalah anak tunggal kepada ibu dan ayah yang berasal dari Tajikistan.



“Setelah kedua orang tua saya berpisah, ibu saya, bertemu jodoh dengan ayah tiri yang berasal dari Pulau Pinang di Tajikistan seterusnya mengambil keputusan menetap di Nibong Tebal, pada tahun 2007 sampailah sekarang,” katanya yang kini merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi di USM dan menjadi sukarelawan di HAC hampir setahun lalu.

@sabdulloeva

#shouldbeme apa lagi soalan abuden selalu dapat? 😂 #tiktokmalaysia #abuden #soalanabuden #obvious #duh #funny #stupidquestions #fyp

♬ original sound – Minah Salleh Celup – Minah Salleh Celup



Menceritakan keistimewaan loghat utara, Sabrina mengatakan loghat tersebut mudah dipelajari dan penuh dengan ekspresi.

“Loghat utara pertama yang saya belajar ialah ‘loqlaq’ yang mana saya dengar kawan-kawan di sekolah ketika itu selalu sebut perkataan ‘loqlaq’ ketika berbual sesama mereka.

“Sebab selalu dengar jadi terikut-ikut, akhirnya melekat dan seterusnya saya cuba kuasai sehingga betul-betul fasih cakap utara,” katanya yang banyak mempelajari loghat utara dari sepupu perempuannya (sebelah ayah tiri), Nur Farisha Amir Heberd dan rakan sekolahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nibong serta SMK Tunku Abdul Rahman dekat Nibong Tebal, Butterworth.

Menceritakan detik pertama menjejakkan kaki ke bumi Pulau Pinang pada 2007, gadis itu mengakui menerima kejutan budaya yang nyata bertentangan dengan norma budaya ketika berada di Tajikistan.



@sabdulloeva

Bukan senang oooooo belajaq sampai loghat | @demicabeautyhq #demica #demicabeauty #demicantik #melayu #bahasamelayu #tiktokmalaysia #fyp #malaysia

♬ middle of the night – EX7STENCE™

“Masa mula-mula sampai sini (Pulau Pinang) saya baru berusia lapan tahun. Saya rasa cuaca ketika itu begitu panas kerana sebelum berangkat ke sini (Pulau Pinang) musim di Tajikistan ketika itu adalah musim sejuk yang mana suhunya boleh mencecah sehingga -10 darjah Celcius.



“Saya juga agak terkejut dengan masyarakatnya yang begitu berbeza dari segi warna kulit serta budaya masyarakat setempat yang berbilang kaum. Situasi tersebut memang tiada di negara asal saya,” katanya yang sudah 15 tahun menetap di Pulau Pinang.

Bercita-cita menjadi pakar dalam bidang penyelidikan, Sabrina turut tidak menafikan pernah menyimpan impian untuk menjadi seseorang yang terkenal

 


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker