Fenomena “Laut Terbelah” Di Langkawi

Fenomena “Laut Terbelah” Di Langkawi

LANGKAWI: Kejadian laut terbelah akibat kemunculan beting pasir sepanjang 600 meter di Pantai Tanjung Rhu Langkawi awal pagi tadi berjaya menarik lebih 300 pengunjung yang hadir bagi menyaksikan fenomena itu.

Pengurus Besar Resort Tanjung Rhu, Ameran Mohd Sharil, memaklumkan bahawa fenomena yang berlaku pada pukul 7 pagi tadi, dapat dinikmati setahun sekali.

“Kejadian “laut terbelah” berlaku selepas muncul beting pasir sepanjang 600 meter, ia disebabkan air laut di kawasan ini surut sehingga paras 0.1 meter,

“Hari ini, saya melihat lebih 300 pengunjung dan sasaran kami sebenarnya dalam tempoh dua hari ini adalah 700 orang kerana untuk melihat dan berkunjung ke sini bagi menyaksikan fenomena yang berlaku setahun sekali ini adalah percuma,” kata Ameran.

“Penganjuran ini juga adalah kali kedua dibuka kepada orang ramai selepas dua tahun akibat penularan wabak COVID-19,” katanya.

Fenomena yang berlaku pada jam 7 pagi Khamis itu boleh dinikmati setahun sekali. – Foto Astro AWANI

Pemandu Pelancong Alam Sekitar, Zoher Mustan, 57, menjelaskan bahawa pengunjung yang hadir juga boleh melihat sendiri habitat hidupan marin yang tidak boleh disaksikan sebelum ini.

“Saya lihat sekitar jam 7 pagi tadi pengunjung mula berjalan di atas beting pasir sejauh 600 meter yang turut menghubungkan ke dua pulau iaitu Pulau Chabang dan Pulau Kelam Baya,” katanya ketika ditemui Astro AWANI, di sini, pagi tadi.

Sementara itu, bagi pengunjung Nurul Huda Hamid, 36 tahun, yang juga penduduk tempatan menyatakan bahawa wujud keterujaan apabila dapat menyaksikan fenomena yang berlaku sekali setahun itu.

“Kali ini sudah tahun kedua datang, yang menariknya adalah “sand bar”, “laut terbelah” ini kita tidak boleh tengok hari-hari walaupun menetap di Pulau Langkawi,

“Untuk hari ini, bergerak dari rumah 20 minit sebelum pukul 7 pagi dan sampai disini sempat berjalan diatas beting pasir itu, sempat juga tengok tadi habitat seperti batu karang dan tapak sulaiman,

“Jika ditanya mengenai potensi itu, saya rasa amat sesuai program seperti ini dipromosikan terutama melalui Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sebagai satu acara tahunan” tegasnya.

Bagi anak Sabah yang kini berkhidmat di Pekan Kuah, Jonathan Azurin, 38, dia bersama ahli keluarga serta rakan-rakan turut tidak melepaskan peluang untuk hadir melihat sendiri fenomena itu.

“Antara aktiviti yang kami buat tadi adalah mengutip siput tarik, siput tarik ini banyak ada di negeri Sabah sebenarnya, selepas ini kami akan bawa siput ini untuk direbus dan cara untuk memakannya adalah siput ini dicicah dengan sambal, ini sangat popular di Sabah,

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Mutalib menyatakan fenomena seperti ini merupakan satu ‘peristiwa’ yang boleh dipromosikan untuk pengunjung-pengunjung dengan lebih meluas pada masa akan datang.

“Ini satu fenomena yang unik, orang ramai boleh berjalan 600 meter diatas beting pasir, melihat habitat hidupan laut dan dua pulau yang ada, ia satu potensi besar buat sektor pelancongan di Langkawi”, katanya.-AA

Fenomena “Laut Terbelah” Di Langkawi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker