MB Terengganu nafi sisa balak di Tasir Kenyir hanya sisa kayu

Apa yang kelihatan seperti lautan sisa kayu dekat Tasik Kenyir adalah disebabkan hujan lebat dan bukannya kegiatan pembalakan di kawasan itu, menurut kerajaan Terangganu.

Menteri besarnya Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, hujan terlalu lebat menyebabkan gelinciran tanah yang kemudiannya menyebabkan tanah runtuh yang membawa sisa kayu dan tumbuhan hanyut di Sungai Terengganu, di hilir Tasik Kenyir.

Samsuri berkata, siasatan mendapati tiadak kegiatan pembalakan di kawasan itu

“Gelinciran tanah menyebabkan tanah runtuh yang membawa sisa-sisa kayu, debris dan tumbuhan hanyut dikenali sebagai puing.

“Ini disebabkan faktor hujan lebat yang turun selama lima hari berturut-turut mulai 23 hingga 27 Februari 2022 yang mencecah 1,000 mm.

“Geliciran tanah runtuh dianggarkan bersaiz panjang 100 meter, lebar 50 meter dan tebal 5 hingga 10 meter. Sementara aliran puing yang bergerak dari puncak bukit hingga ke Sungai Terengganu ada yang mencapai sehingga 300 meter panjang,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Samsuri berharap penjelasan itu dapat menjernihkan isu yang diperkatakan di medial sosial mutakhir ini, di saat banjir menimpa sejumlah kawasan di negeri itu.

Terdahulu, rakaman 30 saat menunjukkan anggota bomba menaiki bot merentasi kawasan yang penuh dengan sisa kayu, tular di media sosial.

Rakaman itu menunjukkan papan tanda Tasik Kenyir – tasik buatan yang terletak di Hulu Terengganu.

Antara yang mengongsikan video tersebut adalah aktivis alam sekitar, Sharifah Sabrina Syed Akil.

“Saya hanya mampu melihat bencana demi bencana datang. Sedih,” katanya dalam hantaran yang dikongsikan kira-kira 2,400 pengguna.

Semalam, Adun Telemong Rozi Mamat membangkitkan kebimbangan berhubung apa yang diyakininya sebagai “ribuan balak” di Tasik Kenyir.

Dia yang juga ketua Umno Hulu Terengganu menggesa siasatan dilakukan memandangkan pembalakan dilarang di kawasan itu.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker