Tim Leissner akui banyak ‘kencing’ wanita
Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner, yang merupakan saksi utama pihak pendakwaan dalam perbicaraan jenayah berkaitan dana kekayaan negara 1MDB, mengakui pada Selasa bahawa dia “banyak berbohong” dalam hidupnya.
Leissner memberi keterangan dalam perbicaraan terhadap Roger Ng, 49, yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersubahat melakukan pengubahan wang haram dan melanggar undang-undang antirasuah.
Leissner, 52, yang merupakan bos Ng di Goldman, mengaku bersalah atas tuduhan serupa pada 2018 dan bersetuju untuk bekerjasama dengan kerajaan.
Salah satu bahagian penting dalam pembelaan Ng adalah apabila dia cuba menunjukkan bahawa Leissner adalah arkitek sebenar skim itu, dan berbohong mengenai penglibatan Ng dalam usaha untuk terlepas daripada penjara.
Tuduhan itu berkaitan salah satu skandal kewangan terbesar dalam sejarah. Pendakwa raya berkata sejak tahun 2009 hingga 2014 Goldman mengumpul sebanyak AS$6.5 bilion untuk 1MDB melalui jualan bon dan memperoleh bayaran AS$600 juta, tetapi AS$4.5 bilion itu dialihkan kepada pegawai, jurubank dan rakan sekutu mereka melalui rasuah dan sogokan.
Pada Selasa, peguam Ng, Marc Agnifilo, menggasak Leissner mengenai hubungan romantiknya dengan lima wanita berbeza.
Bekas pegawai bank itu mengakui bahawa dia telah dua kali berkahwin secara rahsia dengan dua wanita pada masa yang sama, dan sekurang-kurangnya sekali pernah memalsukan sijil cerai untuk mengelirukan wanita yang ingin dikahwininya.
“Saya telah banyak berbohong tuan, dan saya telah menyesali pilihan itu,” kata Leissner.
‘Mereka cerita’
Leissner memberi keterangan bahawa dia dan Ng memainkan peranan penting dalam skim itu dan dia secara peribadi memindahkan wang sogokan AS$35 juta kepada Ng, pegawai bank terkemuka Goldman untuk Malaysia. Leissner menyelia firma itu di Asia Tenggara.
Ng meninggalkan Goldman pada 2014, kata Leissner.
Leissner memberi keterangan pada Selasa bahawa selepas FBI menyerahkan sepina kepadanya pada Februari 2016, Ng dan isterinya, Hwee Bin Lim, mencadangkan dia mendapatkan nasihat pakar feng shui yang mereka percayai untuk bertanya sama ada mereka “akan menghadapi masalah.”
Pada akhir pertemuan itu, Leissner berkata dia, Ng dan Lim mereka cerita melibatkan Lim dan isteri Leissner ketika itu, Judy Chan, untuk mewajarkan dana AS$35 juta.
Keterangan itu boleh menjadi masalah bagi Ng, yang mengatakan wang yang dipanggil sebagai keuntungan haram oleh pihak pendakwa sebenarnya diperoleh daripada usaha perniagaan yang sah antara kedua-dua isteri lelaki terbabit.
Peguam bagi Ng dijangka memanggil Lim untuk memberi keterangan dalam pembelaan suaminya.
Goldman pada 2020 membayar denda hampir AS$3 bilion dan mengatur supaya unitnya di Malaysia mengaku bersalah di mahkamah AS.
– Reuters
Baca Artikel Menarik:
- PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis
- Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]
Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin