Calon Melayu DAP, Sheikh Umar yakin dipilih semula di DUN Paloh

DAP terus yakin dengan kewibawaan SHEIKH UMAR BAGHARIB ALI untuk pertahankan kerusi Paloh. Kepada wartawan Utusan Malaysia, MUHAMAD AIMY AHMAD, Naib Pengerusi DAP Johor berumur 37 tahun ini mengakui tidak mahu berada dalam keadaan selesa.

Keyakinan bekas ahli Pas ini cukup tinggi. Mahu pengundi bijak menilai siapa yang perlu dipilih 12 Mac nanti.

Bertanding di kerusi sama be­ri kelebihan?

Saya beruntung diberi kepercayaan untuk berkhidmat di Paloh sebelum ini. Ini menjadikan saya lebih memahami kehendak dan keperluan rakyat Paloh. Keprihatinan dan segala projek yang kami jayakan bersama sebelum ini menjadi tanda aras komitmen saya kepada rak­yat. Namun ini tidak bermaksud saya boleh rasa selesa. Tetapi akan terus mendekati dan me­rayu undi.

Ada dua calon Melayu DAP tanding kali ini termasuk Marina Ibrahim di Skudai. Apa yang cuba anda berdua sampaikan?

DAP hanya meneruskan kebiasaan sebagai parti berbilang bangsa. Kita mahu beri pilihan calon terbaik untuk semua rakyat, bukan mengikut kaum tertentu.

Dalam PRU-14 anda menang majoriti bawah 1,000 undi, tertekan kali ini?

Saya tak nafikan tekanan hebat tapi saya yakin rakyat mampu menilai prestasi kami sepanjang menjadi kerajaan. Kemudian sebagai pembangkang, tidak sekalipun Paloh terabai. Saya yakin jika diberi mandat untuk menerajui Johor semula, lebih banyak manfaat akan dapat dinikmati rakyat.

Keyakinan menang tetap tinggi?

Saya yakin rakyat semakin pintar pilih pemimpin yang benar-benar mahu berkhidmat. Dan bukan mereka yang sanggup bubarkan dewan negeri sedangkan rakyat masih belum pulih dari pandemik. Kita perlukan semua undi yang ada untuk tolak kumpulan mereka yang tamak kuasa.

Apa yang mahu diteruskan di Paloh?

Saya ingin pastikan kemenangan Pakatan Harapan di DUN Paloh supaya perkhidmatan yang baik dapat kami teruskan. Paloh kawasan luar bandar. Ramai anak-anak bekerja di perantauan. Apabila saya bertanding di Paloh ini, niat saya bukan semata-mata untuk bergelar seorang ‘YB’, tetapi saya ingin menjadi seorang anak, jiran tetangga, rakan dan sebahagian daripada keluarga besar Paloh.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker