219 calon SPM di Selangor positif COVID-19

SHAH ALAM: Seramai 73,938 calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan bermula hari ini, termasuk 219 calon yang berada dalam tempoh kuarantin dan positif COVID-19 di Selangor.

Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan negeri, Nor Faridah A Bakar, berkata jumlah 73,938 itu membabitkan calon persendirian dan calon berkeperluan khas.

“Bagi negeri Selangor, kita ada ramai kita ada 73,938 jumlah calon dan 508 pusat peperiksaan di seluruh Selangor.



“Seramai 219 calon yang positif COVID-19 dan juga sedang dalam tempoh kuarantin.

“Bagi yang tak boleh mendudukinya minggu ini, calon boleh mendudukinya di fasa dua. Kalau minggu depan mereka sudah boleh keluar dari kuarantin, mereka boleh teruskan dengan menjawab kertas seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau perjalanan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7, Shah Alam pagi ini.

Nor Faridah berkata, seramai 381 calon SPM di SMK Seksyen 7 yang menduduki peperiksaan kali ini.



“Di sekolah ini ada dua pusat, satu pusat ada 190 satu pusat dan satu lagi 191 calon.

“Saya berharap, ibu bapa memberikan motivasi yang tinggi kepada anak-anak supaya mereka sentiasa tenang dan juga bersedia untuk peperiksaan SPM ini sama ada dalam fasa satu atau fasa dua,” katanya.

Tinjauan NSTP di SMK Seksyen 7 mendapati, guru-guru sudah mula menunggu calon di pintu pagar sekolah seawal jam 7 pagi.


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin



Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker