England batal keperluan suntikan COVID-19 untuk kakitangan kesihatan

 

LONDON: Pekerja penjagaan kesihatan dan sosial di England tidak lagi perlu menerima suntikan vaksin COVID-19 sebagai syarat pekerjaan mulai bulan ini, maklum kerajaan semalam.

Kerajaan United Kingdom (UK) 31 Januari lalu mengumumkan berhasrat membatalkan peraturan yang mewajibkan pengambilan vaksin, tertakluk kepada keputusan rundingan awam.

Keputusan dibuat kerana varian Omicron kurang teruk berbanding varian Delta, selain kadar tinggi vaksinasi populasi di UK.

Setiausaha Kesihatan, Sajid Javid, yang memberitahu perkara itu dalam satu jawapan bertulis berkata, lebih 90,000 pekerja penjagaan kesihatan dan sosial serta orang awam memberi respon terhadap rundingan terbabit.

“Majoriti besar maklumbalas yang diterima menyokong pembatalan dengan 90 peratus responden bersetuju bahawa pengambilan vaksinasi COVID-19 sebagai syarat bertugas bagi penjagaan kesihatan dan sosial harus dibatalkan,” tambahnya.

Hasilnya, Javid berkata, syarat itu akan dimansuhkan pada 15 Mac ini meskipun beliau mengingatkan bahawa kakitangan barisan hadapan masih ada tanggungjawab profesional untuk menerima suntikan pelalian itu.

Menurutnya, langkah itu turut mendapat sokongan pengawal selia kesihatan profesional.

UK antara negara paling teruk terjejas dengan penularan COVID-19, menyaksikan lebih 161,000 kematian direkodkan sejak 2020.

Angka kes masih tinggi. Purata kes dalam tujuh hari terakhir merekodkan hampir 232,000 keputusan positif sehari.

Bagaimanapun, 91.5 peratus individu berumur 12 tahun ke atas sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Manakala 85.2 peratus menerima dua dos suntikan dan lebih dua pertiga atau 66.5 peratus sudah menerima dos penggalak.

Kadar vaksinasi paling tertinggi adalah dalam kalangan kakitangan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) dan staf penjagaan sosial yang bekerja di rumah kebajikan.

Javid berkata, vaksinasi termasuk antiviral baharu yang akan datang kekal sebagai barisan pertahanan terbaik untuk melawan penularan COVID-19.

Kerajaan memansuhkan kebanyakan sekatan COVID-19 bulan lalu, berdasarkan penilaian masa yang tepat untuk menamatkan sekatan oleh kerajaan terhadap kebebasan awam dan beralih kepada tanggungjawab peribadi.

Tiga negara dalam UK iaitu Scotland, Wales dan Ireland Utara yang bertanggungjawab untuk dasar penjagaan kesihatan turut memansuhkan sekatan di negara masing-masing. – AFP

England batal keperluan suntikan COVID-19 untuk kakitangan kesihatan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker