EAIC sepatutnya tidak berada ‘bawah telunjuk’ KDN
Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menggesa Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dapat menjadi badan bebas selepas pihaknya mengumumkan tidak dapat mengesahkan dakwaan kewujudan “kartel” dalam pasukan polis.
Minggu lalu, EAIC membuat kesimpulan bahawa kewujudan kartel sedemikian tidak dapat disahkan.
Lembaga Pesuruhjaya EAIC juga berkata bekas ketua polis negara Abdul Hamid Bador telah gagal mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaannya dan telah “hilang haknya” untuk mengulas mengenai isu itu.
Hamid (gambar, bawah) telah mendedahkan kewujudan kartel sedemikian pada Mac 2021 menjelang persaraannya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Patriot Zulkifli Mohamed yang juga seorang pesara polis mempersoalkan penemuan EAIC.
“Kami mendapati sukar untuk mempercayai kenyataan baru-baru ini yang dibuat oleh EAIC yang mengisytiharkan bahawa tidak ada bukti ‘kartel polis’ wujud dalam pasukan polis.
“Imej dan reputasi pasukan polis boleh terjejas dan memandangkan perkara semakin mendapat perhatian orang ramai, Patriot menuntut ketelusan, akauntabiliti dan kebenaran,” katanya pada satu kenyataan malam tadi.
Zulkifli turut menggesa suruhanjaya itu dikeluarkan daripada bidang kuasa KDN dan “bebas sepenuhnya”.
“Mungkin pendekatan bijak dan betul adalah yang pertama, memastikan suruhanjaya itu sebagai bebas sepenuhnya dan dipertanggungjawabkan kepada jawatankuasa parlimen.
“Ia tidak boleh berada di bawah telunjuk mana-mana ahli politik yang berkhidmat sebagai menteri yang mempengerusikan pasukan polis.
“Ini boleh menjadi perjalanan dalam memulihkan maruah imej pasukan yang telah lama menderita, memotivasikan pegawai dan kakitangan yang setia dan berdedikasi yang masih berkhidmat dan menanamkan rasa bangga kepada mereka yang sudah bersara,” usul bekas timbalan pesuruhjaya polis itu.
Tahun lalu, Hamid mendakwa sekumpulan pegawai polis yang lebih muda berkomplot untuk menggulingkannya dan mengetuai pasukan itu untuk kepentingan peribadi mereka.
‘KDN campur tangan’
Tiga hari sebelum bersara sebagai KPN, dia turut mendedahkan lebih banyak dakwaan mengejutkan termasuk bagaimana Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin telah campur tangan dalam cara pasukan polis dikendalikan.
Hamid seterusnya mendakwa Hamzah cuba untuk meletakkan pegawai yang sependapat dengannya untuk jawatan penting dalam pasukan itu.
Sebagai respon, kerajaan meminta EAIC untuk menyiasat dakwaan tersebut. Polis berjanji tidak akan campur tangan.
Kementerian diterajui Hamzah itu telah menolak dakwaan berkenaan walaupun sebelum EAIC mengumumkan penemuannya.
Sejak EAIC mengumumkan penemuannya pada 22 Feb lalu, Hamid tegas mempertahankan dakwaannya.
Baca Artikel Menarik:
- PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis
- Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]
Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin
You must be logged in to post a comment.