AS terus paksa China kecam Rusia

WASHINGTON: White House menggesa China untuk tampil bersuara mengecam tindakan Rusia yang melancarkan serangan ke atas Ukraine.

Gesaan itu dibuat ketika serangan Moscow terhadap Ukraine masih berterusan dan Presiden Rusia, Vladimir Putin turut meletakkan ‘pasukan nuklear’ dalam keadaan berjaga-jaga.

Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki mengakui China sudah melaksanakan beberapa sekatan dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya terhadap Rusia disebabkan pencerobohan ke atas Ukraine.

Katanya, China juga pernah mengeluarkan kenyataan yang menyokong kedaulatan Ukraine pada minggu lalu.

Bagaimanapun, Psaki berpandangan Beijing harus mengambil pendekatan lebih tegas terhadap Rusia.

“Kita tidak seharusnya berdiam diri dengan tidak melibatkan diri.

“Inilah masanya untuk bersuara dan mengutuk tindakan Presiden Putin dan Rusia yang menceroboh sebuah negara berdaulat,” katanya dalam temubual dengan MSNBC.

Menurut Psaki, Presiden AS, Joe Biden masih belum menghubungi rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping dan tidak menolak kemungkinan akan melakukan panggilan pada masa akan datang.

“Kepimpinan China perlu mengambil beberapa langkah penting dan menilai diri di mana mereka mahu berada dalam sejarah,” ujarnya.

Minggu lalu, Biden menyindir China selepas Beijing enggan menggelar tindakan Moscow sebagai pencerobohan.

Kementerian Luar China sebelum ini menegaskan, negara itu tidak menyokong sekatan yang dikenakan Barat dan Eropah terhadap Rusia.

Sebaliknya, menyokong jika rundingan diadakan dari semua sudut dengan Rusia dan Ukraine.

Menterinya, Wang Yi menjelaskan negaranya menyokong Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Kesatuan Eropah dan usaha Rusia menyambung semula rundingan diplomatik dengan Ukraine.

“China tidak menyokong pendekatan mengenakan sekatan untuk menyelesaikan masalah.

“Kami percaya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) sepatutnya menyumbang jalan penyelesaian politik kepada krisis yang berlaku ketika ini, berbanding mencetuskan konfrontasi baharu,” katanya. – REUTERS

AS terus paksa China kecam Rusia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker