Polis ajar penduduk Ukraine hasilkan bom petrol

KYIV: Penduduk di sebuah bandar kecil di barat Ukraine dilaporkan bersiap sedia untuk ‘berperang’ melawan pencerobohan tentera Rusia di negara itu.

Lapor Daily Mail, beberapa persiapan sudah dilakukan di bandar Chortkiv, kira-kira 482 kilometer (km) dari Kyiv, jauh dari sempadan Rusia dan pertempuran yang meletus.

Persiapan itu antara lain membabitkan pembinaan pusat pemeriksaan di laluan keluar masuk bandar, papan tanda jalan dialihkan, lampu jalanan dipadamkan, merangka pelan pertempuran dan ratusan lelaki dikerahkan dalam unit tentera.



Malah, polis juga bercadang untuk mengajar penduduk tempatan mengenai cara menghasilkan dan membaling bom petrol yang juga dikenali sebagai kokteli shchastya atau ‘koktel kebahagiaan’

Persiapan tersebut dilakukan di bandar bersejarah itu selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan pasukan tenteranya terus mara memasuki beberapa bandar utama di Ukraine.

“Kami bersiap sedia untuk mempertahankan diri kerana kami rasa ada kemungkinan besar bandar ini akan diserang,” kata Datuk Bandar Chortkiv, Volodymyr Shmatko

Sebelum ini, penduduk Chortkiv pernah menyaksikan peluru berpandu yang dilancarkan Rusia, melintas bandar tersebut untuk memusnahkan lapangan terbang dan depot bahan api di Ivano-Frankivsk pada hari pertama pencerobohan Moscow.



Kini, bandar Chortkiv yang mempunyai kira-kira 30,000 penduduk diberi amaran kemungkinan kemasukan tentera dari Belarus untuk membantu Rusia.

“Sehubungan itu, kita perlu bersiap sedia dari semua sudut, tidak kira siapa yang datang menyerang,” ujar Shmatko.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin



Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker