Ukraine telah menggagalkan rancangan serangan Russia – Zelensky

Ukraine telah menggagalkan rancangan serangan Russia – Zelensky

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, berkata tentera negaranya berjaya menghentikan serangan Kremlin untuk menawan Kyiv dan menggesa Russia mendesak pemimpinnya, Vladimir Putin, menghentikan pencerobohan.

Bercakap dalam ucapan di video terbaharu, Zelensky menuduh Moscow berusaha menggulingkannya dan menubuhkan negara boneka di Ukraine.

“Kami telah menggagalkan rancangan mereka,” kata pemimpin berusia 44 tahun itu sambil menegaskan bahawa tentera Ukraine mengawal ibu kota Kyiv dan bandar utama di sekitarnya.

Zelensky berkata, Russia telah mengerahkan ‘peluru berpandu, pejuang, dron, artileri, kenderaan berperisai, senjata tempur dan angkatan udara’ ke atas Ukraine dan menyasarkan ‘kawasan kediaman’.

Zelensky berkata, rakyat Ukraine bangkit berperang menentang tentera Russia di beberapa bandar termasuk bandar selatan Odessa, bandar timur laut Kharkiv dan ibu kota Kyiv.

“Bandar barat Lviv dan bandar lain di barat dan tengah Ukraine menjadi sasaran serangan udara,” katanya.

Zelensky menegaskan Ukraine, ‘sudah’ memperoleh hak menyertai Kesatuan Eropah (EU) dan menggesa pemimpin EU membuat keputusan itu.

“Ini akan menjadi bukti utama sokongan kepada negara kita,” katanya.

Zelensky juga menggesa Jerman dan Hungary untuk menghalang Russia daripada sistem perbankan SWIFT sebagai hukuman ke atas Moscow kerana menceroboh negaranya.

“Sudah ada sokongan penuh daripada negara-negara EU untuk memutuskan hubungan Russia daripada SWIFT. Saya berharap Jerman dan Hungary akan mempunyai keberanian untuk menyokong keputusan ini,” kata Zelensky.

Presiden Ukraine itu – bekas pelawak yang mula berkuasa pada 2019 – turut berterima kasih kepada rakyat Russia yang bersuara menentang peperangan dan meminta mereka mengekalkan tekanan ke atas Kremlin.

“Cuma hentikan mereka yang berbohong kepada anda, berbohong kepada kami, berbohong kepada seluruh dunia,” katanya.

“Beribu-ribu mangsa. Beratus-ratus yang ditawan.

“Lebih cepat anda memberitahu kerajaan anda bahawa perang mesti segera dihentikan, lebih ramai rakyat anda akan terselamat,” katanya.

Khamis lalu Putin melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine yang membunuh 198 orang awam, termasuk tiga kanak-kanak, dan mencetuskan kebimbangan konflik yang lebih besar di Eropah. BH

Ukraine telah menggagalkan rancangan serangan Russia – Zelensky


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker