PM tak pinggirkan Sarawak – Abang Jo

PM tak pinggirkan Sarawak – Abang Jo

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diyakini akan terus membantu Sarawak dalam pelbagai aspek supaya wilayah ini tidak lagi ketinggalan dalam pembangunan.

Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, Sarawak bukanlah tempat asing kepada Ismail Sabri kerana sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau pernah beberapa kali berkunjung ke negeri ini ketika menjawat jawatan Menteri Pembangunan Wilayah.

Justeru katanya, beliau percaya pemimpin nombor satu negara itu sudah melihat sendiri betapa tempat seperti Kapit amat dahagakan pembangunan, khususnya kemudahan infrastruktur.

“Sebagai sebuah keluarga kecil dalam Keluarga Malaysia yang besar, saya yakin dan percaya Perdana Menteri akan terus membantu Sarawak dalam pelbagai aspek supaya Sarawak tidak lagi ketinggalan dari segi pembangunan.

“Jurang pembangunan antara Sarawak dan Semenanjung harus dirapatkan supaya warga Sarawak terus bangga menjadi sebuah Keluarga Malaysia yang besar.

“Insya Allah, sama-sama kita akan mencapai lebih banyak kejayaan bersama,” katanya dalam ucapan aluan sempena pelancaran Malam Gala Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 di Tebingan Kuching, malam ini.

Turut hadir, Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, harapan itu tidak bermakna kerajaan Sarawak hanya berpeluk tubuh dan menyerahkan segala usaha untuk membangunkan wilayah ini kepada Kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diberi mandat yang begitu besar oleh rakyat pada pilihan raya negeri yang lalu, akan terus berusaha untuk memajukan Sarawak dari pelbagai aspek.

“Ia khususnya membangunkan ekonomi yang dipacu oleh data dan inovasi, kemudahan infrastruktur, kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik, membangunkan pertanian moden yang berasaskan teknologi pintar,” katanya.

Dalam pada itu, pelancaran Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 oleh Perdana Menteri menandakan kemunculan semula acara pelancongan itu selepas kali terakhir diadakan pada 2017.

Majlis berlangsung di Tebingan Kuching di sini, menampilkan persembahan penuh warna-warni dengan tema kesenian serta kebudayaan, yang diadakan di atas pentas terapung di Sungai Sarawak.

Selain itu, acara diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang ketat itu, turut menyaksikan persembahan bunga api juga perarakan perahu tambang. BH

PM tak pinggirkan Sarawak – Abang Jo


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker