Perkasa BM untuk urusan rasmi dalam negara dahulu, kata CUEPACS

PETALING JAYA: Kerajaan mengambil langkah berani menggunakan bahasa Melayu bagi setiap urusan rasmi kerajaan, malah menolak usaha itu sebagai langkah terkebelakang, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Adnan Mat.

Katanya, sebaliknya, usaha berkenaan bukti kerajaan bersungguh-sungguh memartabatkan semula bahasa Melayu.

Adnan berkata, pihaknya tidak melihat perkara itu sebagai suatu masalah kerana seperti yang dinyatakan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, kecanggihan teknologi ketika ini tidak menghalang bahasa diterjemahkan dalam tempoh singkat.



“Jika negara lain boleh melakukannya, mengapa kita perlu banyak alasan untuk melaksanakannya. CUEPACS berharap kerajaan bertegas dalam melaksanakan cadangan ini terutamanya melibatkan urusan rasmi dalam negara sendiri.

“Penggunaan bahasa Melayu dalam apa jua urusan rasmi kerajaan dalam negara wajar dilakukan terlebih dahulu, sekiranya mahu ia dilaksanakan secara meluas di luar negara,” katanya memetik laporan Bernama.

Beliau berkata, ini kerana ketika ini masih banyak agensi kerajaan yang menganjurkan majlis tetapi tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai medium penyampaian dan perkara tersebut juga wajar diperluaskan di badan-badan berkanun persekutuan dan negeri.

Semalam, Ismail dalam lawatannya ke Thailand berkata Malaysia akan menggunakan bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi termasuk pada mesyuarat dan persidangan antarabangsa sebagai usaha untuk memartabatkan Bahasa Kebangsaan.



Perkasa BM untuk urusan rasmi dalam negara dahulu, kata CUEPACS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]



Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)



PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Kenyataan Media BNM amat mengejutkan Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker