BN bukan jenis parti balas dendam – Zahid

BN bukan jenis parti balas dendam – Zahid

Barisan Nasional (BN) tidak akan membalas dendam kepada mana-mana parti politik sekiranya diberi mandat mengemudi Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Mac nanti.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata amalan yang tidak sihat berkenaan tidak akan sesekali diamalkan walaupun perkara sama menimpa BN sebelum ini ketika parti lain berjaya membentuk kerajaan.



“Kita bukan jenis yang dipimpin, kita bukan jenis balas dendam. Masalah politik selesai secara politik, masalah perundangan selesai cara perundangan. Jangan guna agensi penguatkuasaan.

“Kalau kita menang besar di Johor ini, saya berjanji dan akan menyatakan kepada Datuk Seri Hasni Mohammad jangan balas dendam kepada mana-mana parti politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Presiden UMNO bersama calon dan pengundi BN DUN Parit Yaani di Tongkang Pechah, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, semua parti dalam BN, termasuk MCA dan MIC sememangnya mengamalkan politik matang dengan tiada isu peribadi diselesaikan sehingga membabitkan perundangan.



Katanya, keserasian di antara parti komponen BN turut terbukti apabila berjaya mengekalkan bentuk kerjasama sejak sekian lama dan terus bertahan sehingga ke hari ini. BH

BN bukan jenis parti balas dendam – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370



Encik Sajat kini wanita sah di Australia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker