Menyayat Hati..3 Kanak-Kanak Adik-Beradik Rentung Dalam Kebakaran

Menyayat Hati..3 Kanak-Kanak Adik-Beradik Rentung Dalam Kebakaran

LAWAS: Tiga kanak-kanak yang juga adik-beradik ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah dihuni sembilan sekeluarga di Kampung Seberang Kedai, di sini, malam tadi.

Dalam tragedi kira-kira jam 10.50 malam, mangsa terbabit dikenal pasti sebagai Mohd Hesdi Huzaidi Azrie, 4; Mohd Hezmi Huzaili, 7; dan Mohd Hezry Huzaimi, 8.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada MERS999 berhubung insiden itu pada jam 11.02 malam.

Susulan itu, beliau berkata, tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas dikejarkan ke lokasi.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 12.45 tengah malam, manakala rumah terbabit musnah sepenuhnya,” katanya.



Bagaimanapun, katanya, enam lagi penghuni rumah itu terselamat dalam kejadian berkenaan.

Mereka ialah bapa mangsa, Azrie Latip, 45, bersama isteri, Dayangku Hadianawati, 38; dan dua lagi anak mereka, Ariesya Aryana Azrie, 14, serta Muhd Hezrie, 12.

Yang turut terselamat ialah datuk mangsa, Awangku Jeman Pangiran Abdul Hamid, 72, dan nenek, Aminah Matusop, 73.

“Mayat tiga beradik itu sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Punca kejadian sedang disiasat,” katanya.-BH



Menyayat Hati..3 Kanak-Kanak Adik-Beradik Rentung Dalam Kebakaran

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19



Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker