PRN Johor: Syed Saddiq Tidak Bertanding, Takut Kalah

Oleh Megat Terawih

 

Tidak semua pemimpin politik berani bertanding kerana peluang paling tinggi adalah 50/50.



Tidak ada yang berani mengaku dia mampu menang lebih dari 50% kerana mood pengundi sentiasa berubah. Apatah lagi pemimpin tersebut mempunyai rekod buruk samada janji tidak ditunaikan, berbohong dengan janji dan tidak suka turun padang.

Pada pilihanraya negeri Johor, Syed Saddiq tidak bertanding seperti mana di war-warkan sebelum ini kononnya beliau adalah calon pilihan DAP sebagai menteri besar Johor sekiranya pakatan harapan menang di sini.

Menurut sumber ianya berdasarkan maklumat risikan terkini parti MUDA dan juga DAP bahawa sekiranya Syed Saddiq bertanding maka peluang beliau untuk menang adalah tipis dan impaknya juga akan terkena kepada parti beliau sendiri.

Ini semua kerana hampir kesemua janji beliau ketika pilihanraya umum ke 14 yang lalu tidak ditunaikan walaupun beliau mempunyai masa selama 22 bulan dan menjawat jawatan menteri.



Tempias berbohong dan mungkir janji ini adalah faktor penolakan utama pengundi untuk mengajar dan menghukum beliau sekiranya bertanding. Tambahan pula bagaimana beliau ingin menjadi menteri besar sedangkan hubungan beliau dengan istana amat kurang baik.

Tambah sumber, kempen agresif beliau di laman sosial memakan diri apabila tersasul mendedahkan nama Tan Sri Kalimullah sebagai individu utama yang banyak menaja beliau dan partinya sebelum ini. ‘Kuda tunggangan taikun’ adalah gelaran terbaharu kepada MUDA menyebabkan ramai anak muda sudah mulai tinggalkan parti Syed Saddiq semalam.

Nampaknya Syed Saddiq tidak seberani Maszlee Malik. Walaupun berbohong terang-terangan berhubung janji tol percuma untuk Simpang Renggam, Maszlee masih berani untuk bertanding di Dun Layang-layang.

Mungkin Anwar sudah memberi ‘amaran’ kepada DAP bahawa kerusi menteri besar adalah dari PKR dan bukan parti sekutu pakatan harapan yang lain.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker