Guna duit majikan tapi dakwa disamun

Guna duit majikan tapi dakwa disamun

Guna duit majikan tapi dakwa disamun

ISKANDAR PUTERI: Tindakan seorang wanita membuat laporan polis mendakwa disamun dan wang majikan RM21,000 dilarikan suspek akhirnya menjerat diri.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, berkata wanita berusia 23 tahun membuat laporan polis pada jam 2.23 petang mendakwa kononnya disamun di Gelang Patah.

“Hasil siasatan mendapati wang tunai itu sudah digunakan pengadu untuk perbelanjaan peribadi,” dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selain kes berkenaan, pihaknya menerima satu lagi laporan polis palsu, pagi tadi.

“Kita menerima dua laporan berhubung kejadian samun berasingan yang mana setelah disiasat, kita mendapati laporan itu palsu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya


“Laporan kedua diterima pada jam 1.35 pagi tadi oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 25 tahun.

“Pengadu mendakwa disamun di tepi jalan dekat kawasan Kangkar Pulai di sini, dan begnya yang mengandungi dokumen peribadi dilarikan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, hasil siasatan mendapati pengadu membuat laporan palsu bagi mengelakkan dikenakan denda oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ketika hendak membuat pembaharuan kad pengenalan yang sebenarnya hanya tercicir bukan disamun.

Kumarasan mengingatkan orang ramai bahawa membuat laporan palsu adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

“Mereka yang didapati bersalah membuat laporan palsu boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau dengan denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” tegasnya.

Guna duit majikan tapi dakwa disamun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker