Perdana Menteri lawat Kemboja, Thailand secara rasmi serentak

Perdana Menteri lawat Kemboja, Thailand secara rasmi serentak

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan lawatan rasmi pertama ke Kemboja dan Thailand bermula hari ini hingga 26 Februari nanti.

Kementeria Luar Negeri dalam kenyataan hari ini berkata, lawatan itu bertujuan memenuhi jemputan daripada Perdana Menteri Kemboja, TYT Samdech Techo Hun Sen dan Perdana Menteri Thailand, TYT Jeneral Prayut Chan-o-cha.

Menurut kenyataan tersebut,dalam lawatan rasmi ke Kemboja, Ismail Sabri dijadual mengadakan kunjungan menghadap Raja Kemboja, Raja Norodom Sihamoni.

“Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Hun Sen untuk membincangkan pengukuhan hubungan dua hala, kerjasama pasca pandemik Covid-19, isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

“Selain itu, Ismail Sabri akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Senat dan Presiden Dewan Rakyat Kemboja.

“Seterusnya, beliau akan turut bertemu dengan Keluarga Malaysia di Kemboja,” katanya.

Mengulas lanjut, kenyataan tersebut menyatakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand pula bertujuan untuk membincangkan hala tuju kerjasama pelbagai bidang antara kedua-dua negara.

Katanya, antara isu yang akan dibincangkan adalah meliputi kerjasama ekonomi, kerjasama pasca pandemik Covid-19, pembukaan sempadan antara kedua-dua negara, dan projek-projek kesalinghubungan di kawasan sempadan darat.

Menurut kenyataan tersebut, lawatan Ismail Sabri itu menunjukkan hubungan rapat dan menyeluruh Malaysia dengan Thailand dan Kemboja.

Katanya, langkah itu dapat membuka peluang kepada Malaysia dan kedua-dua negara berkenaan untuk meneroka inisiatif bersama dalam usaha pemulihan pasca-pandemik, serta dalam menangani cabaran serantau dan antarabangsa. Utv

Perdana Menteri lawat Kemboja, Thailand secara rasmi serentak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rasyad dan Peter ‘trending’ di Twitter

Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]

Bercerai selepas sehari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker