Maut leher tersangkut buaian

Maut leher tersangkut buaian

SEREMBAN: Kanak-kanak perempuan berusia 15 bulan meninggal dunia selepas dipercayai lehernya tersangkut pada kain buaian di pusat jagaan Taman Nusari Aman 2, Bandar Sri Sendayan, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, kanak-kanak terbabit ditidurkan di dalam bilik oleh pengasuh.

“Kanak-kanak itu diberikan susu sebelum ditidurkan kira-kira jam 12.30 tengah hari. Pengasuh berkenaan keluar dari bilik itu jam 2 petang untuk melakukan tugas lain.

“Pengasuh masuk semula ke bilik sejam kemudian dan mendapati kanak-kanak itu dalam keadaan kepala tersangkut pada kain buaian,” katanya hari ini.

Beliau berkata, pengasuh terus mengambil kanak-kanak itu daripada buaian dan melakukan bantuan kecemasan pernafasan (CPR) tetapi kanak-kanak itu gagal bernafas semula dan pengasuh terus membawanya ke Klinik Kesihatan Sendayan.

“Kanak-kanak itu sempat dirawat doktor, namun disahkan meninggal dunia pada jam 4.30 petang,” katanya.

Nanda berkata, hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan leher dan kepalanya terkeluar daripada buaian dan tergantung pada kain buaian, manakala badannya berada di dalam buaian.

“Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini, untuk bedah siasat bagi siasatan lanjut,” katanya. BH

Maut leher tersangkut buaian


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rasyad dan Peter ‘trending’ di Twitter

Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]

Bercerai selepas sehari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker