Pekerja tersangkut dalam gondola akibat angin kencang

Pekerja tersangkut dalam gondola akibat angin kencang

Suasana cemas apabila sebuah gondola dinaiki beberapa pekerja berpusing-pusing di udara akibat ditiup angin kencang dalam kejadian di Jalan Kamuning, di sini, petang semalam.

Menerusi sebuah rakaman video tular, beberapa pekerja di dalam gondola tersebut cuba menurunkan gondola terbabit namun gagal kerana ditiup angin kencang sebelum melanggar struktur bangunan sehingga tingkapnya pecah.



Kejadian itu mencetuskan suasana cemas sebelum saksi tempat kejadian menghubungi pasukan bomba bagi membantu mangsa yang tersangkut di dalam gondola terbabit.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 3.56 petang.

“Seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, mangsa yang didapati tersangkut di dalam gondola telah berjaya menyelamatkan diri dengan turun sendiri,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.



Katanya, tiada operasi menyelamat dijalankan pihak bomba dalam kejadian tersebut dan kes dianggap selesai. K Online

Pekerja tersangkut dalam gondola akibat angin kencang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rasyad dan Peter ‘trending’ di Twitter

Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]



Bercerai selepas sehari berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker