Beli kambing online, kena ‘kencing’ RM13,500

“Mangsa menghubungi suspek dan membayar wang deposit pada hari sama dengan jaminan kambing-kambing dihantar tiga hari kemudian

KUALA TERENGGANU: Keinginan seorang pemuda bergelar penternak kambing musnah apabila dia menjadi mangsa penipuan dalam talian, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden M. Zambri Mahmud berkata, mangsa yang berusia 25 tahun kerugian RM13,500 selepas membayar wang pendahuluan bagi pembelian 50 ekor kambing.

Katanya, mangsa mendakwa tertarik dengan tawaran harga istimewa bernilai RM570 untuk seekor kambing termasuk kos penghantaran menerusi iklan dalam media sosial.

“Mangsa menghubungi suspek dan membayar wang deposit pada hari sama dengan jaminan kambing-kambing dihantar tiga hari kemudian, namun, tempahan yang dipesan tidak sampai seperti dijanjikan.

“Suspek memberi alasan kelewatan itu berpunca kerana pemandu lori dijangkiti Covid-19 dan berjanji memulangkan semula wang pendahuluan itu selepas didesak mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

M. Zambri berkata, suspek bukan sahaja gagal mengotakan janji, malah tidak menjawab panggilan dan menyekat nombor telefon mangsa termasuk menerusi aplikasi WhatsApp.

Katanya, pemuda itu yang menyedari tertipu kemudian membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu

Beli kambing online, kena ‘kencing’ RM13,500


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker