Positif Covid-19, H20 maklumkan dalam keadaan baik

PETALING JAYA – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu dirinya dalam keadaan baik susulan dijangkiti Covid-19.

Menerusi satu hantaran di Twitternya berkata, beliau memanjatkan rasa syukur kerana tidak mengalami simptom yang serius akibat dijangkiti wabak Covid-19.

Tambahnya, beliau juga berharap agar setiap individu yang dijangkiti Covid-19 supaya diberikan kesembuhan segera.

“Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan baik buat masa ini.

“Semoga setiap individu yang dijangkiti wabak ini segera diberikan kesembuhan Allah SWT. Jaga diri semua,” ciapnya ringkas hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Pejabat Menteri Kanan Pertahanan dalam satu kenyataan memaklumkan Hishammuddin disahkan positif Covid-19 hari ini.

Beliau sudah menerima dos penggalak sebelum ini, dan akan menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan semasa yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker