Penulis termuda di dunia berumur 5 tahun

Bella memegang buku The Lost Cat yang diterbitkan. – James Dadzitis/SWNS

LONDON – Seorang kanak-kanak perempuan dari Britain menjadi penulis termuda di dunia selepas berjaya menerbitkan sebuah buku pada usia lima tahun, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Bella-Jay Dark, yang berasal dari Dorset mengejutkan keluarganya pada tahun lepas apabila memberitahu bahawa dia ingin menerbitkan buku pertamanya.

Ibu dan bapanya, Chelsie Syme dan Myles Dark, pada ketika itu berpendapat bahawa kata-kata Bella adalah perkara biasa yang sering diucapkan oleh kanak-kanak pada usia seperti itu.

Bagaimanapun, sangkaan mereka meleset selepas sebuah syarikat penerbitan, Ginger Fyre Press bersetuju menerbitkan buku hasil tulisan Bella yang bertajuk The Lost Cat.

“Kami amat berbangga dengan Bella. Kami juga berterima kasih atas sokongan dan pengiktirafan yang diberikan kepadanya setakat ini,” kata Chelsie.

Buku The Lost Cat berkisarkan mengenai seekor kucing yang keluar mengembara dan mendapat pelbagai pengajaran penting daripada pengembaraannya.

Ia dijual di laman Amazon dan Waterstones pada harga £4 (RM22.79). – AGENSI

Penulis termuda di dunia berumur 5 tahun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker