Perlantikan tertangguh, ‘Wahyu’ Putrajaya belum turun?

Perlantikan tertangguh, ‘Wahyu’ Putrajaya belum turun?. Pelantikan Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor sebagai Naib Canselor (VC) Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkemungkinan tidak mendapat kebenaran daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebabkannya ditangguhkan pada 8 Ogos.

Ini kerana, pemilihan calon bagi menjawat jawatan eksekutif nombor satu UiTM itu disarankan oleh Jawatankuasa Khas Temuduga Kenaikan Pangkat Naib Canselor UiTM yang dipengerusikan oleh Pro Canselor UiTM, Tan Sri Zarinah Sameehah Anwar.

Hal itu djielaskan, Pengerusi UiTM, Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Ibrahim Abu Shah yang memaklumkan jawatankuasa berkenaan mencadangkan tiga nama diputuskan sebagai terbaik kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebelum dipersetujui Perdana Menteri.



“Kenaikan pangkat daripada Timbalan Naib Canselor kepada Naib Canselor memang proses biasa, tetapi kena melihat saranan daripada jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Zarinah iaitu seorang yang berpengalaman dan profesional dalam sebagai panel penemuduga. Saya ada, tetapi cuma ahli jawatankuasa biasa sahaja.

“Kementerian perlu semak semula keputusan jawatankuasa temuduga, siapa tiga nama itu, saya tidak mahu berat sebelah, yang pertama seperti saya katakan tadi, pelantikan VC UiTM dari zaman dahulu lagi, mesti dapat concern daripada Perdana Menteri,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau menambah, kebenaran daripada Perdana Menteri adalah penting bagi pelantikan Naib Canselor di UiTM memandangkan institusi itu adalah satu-satunya universiti Melayu di negara ini.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan Roziah sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang sepatutnya berkuat kuasa 9 Ogos sehingga 11 Oktober 2023 ditangguh menerusi pemakluman penangguhan pelantikan jawatan itu dimaklumkan melalui sepucuk surat bertarikh 7 Ogos.



Penangguhan pelantikan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan perletakan jawatan oleh Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad sebagai Menteri Pengajian Tinggi pada 6 Ogos lalu.

Sebelum itu, Roziah yang juga merupakan Timbalan Naib Canselor (Akademik) UiTM dilaporkan menjadi wanita pertama dilantik sebagai Naib Canselor institusi itu bagi menggantikan Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd. Azraai Kassim yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 10 Mac lalu.

Susulan penamatan perkhidmatan Mohd. Azraai, Roziah memangku jawatan berkenaan selama empat bulan sejak Mac sehingga awal bulan ini.

Dalam pada itu, Ibrahim yang juga merupakan Naib Canselor UiTM selama sembilan tahun dari Januari 2001 hingga Disember 2009, menggesa penyelesaian terhadap penangguhan pelantikan jawatan itu mesti merujuk semula kepada jawatankuasa khas temuduga.



“Kalau ikut ranking, beliaulah (Roziah) antara yang paling layak, kalau bukan yang pertama, jika tidak, buat apa kita ada temuduga? Punyalah susah temuduga, dari pagi sampai lewat petang untuk pastikan yang betul-betul terbaik. Panel penemuduga pula bukan orang biasa, macam-macam ditanya kepada calon.

“Saya rasa kena berbalik kepada jawatankuasa siapa tiga nama selain daripada Roziah. Berbalik kepada merit dan keputusan jawatankuasa. Kedua UiTM, adalah universiti Melayu terbesar, dari zaman dahulu walaupun Menteri Pengajian Tinggi yang cadang, tetapi mesti dapat concern daripada Perdana Menteri,” tegasnya.

Perlantikan tertangguh, ‘Wahyu’ Putrajaya belum turun?


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Dimana silapnya Bersatu dan kepimpinannya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker