1 amah untuk keluarga tak lebih 6 orang sahaja

1 amah untuk keluarga tak lebih 6 orang sahaja

Malaysia dan Indonesia bersetuju melaksanakan konsep “one maid one task”, iaitu seorang pekhidmat domestik Indonesia (PDI) boleh berkhidmat bagi isi rumah tidak melebihi enam orang, menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM).

KSM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan persetujuan itu dicapai hasil pertemuan Menteri Sumber Manusia, M Saravanan dengan rakan sejawatnya, Ida Fauziyah di Indonesia.

Sehubungan itu, mesyuarat jawatankuasa teknikal Malaysia-Indonesia mengenai Memorandum Persefahaman Pengambilan dan Penempatan Pekhidmat Domestik Indonesia (MoU PDI) akan diadakan pada 14 Dis ini bagi memperincikan perkara tersebut, serta membolehkan kedua-dua pihak mencapai kesepakatan agar MOU PDI dapat dimeterai seawal Januari 2022.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan sempena pertemuan Saravanan dengan Menteri Ketenagakerjaan Indonesia itu, isu berhubung “one channel system” turut dipersetujui antara kedua-dua menteri untuk membolehkan pemantauan berkesan dalam kemasukan PDI ke Malaysia.

Saravanan mengadakan lawatan kerja ke Jakarta bermula Ahad lepas hingga hari ini, susulan lawatan kerja Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob ke Indonesia bulan lepas.

Dalam sidang media bersama Ismail dan Presiden Indonesia, Joko Widodo sempena lawatan itu, mereka menyuarakan komitmen untuk menyegerakan pemeteraian MoU PDI bagi menampung keperluan serta permintaan daripada majikan di Malaysia.

MoU PDI ditandatangani buat pertama kalinya pada 13 Mei 2006 di Bali dan susulan itu, Protokol Meminda MoU PDI ditandatangani pada 31 Mei 2011 di Bandung yang tamat 30 Mei 2016.

Menurut KSM, pemeteraian MoU PDI perlu dilaksanakan segera kerana Indonesia hanya akan membenarkan kemasukan tenaga kerjanya (TKI) ke Malaysia bagi sektor perladangan, selepas MoU PDI dimuktamadkan.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 April dan 12 Nov lalu bersetuju dengan kemasukan pekerja asing ke Malaysia di sektor perladangan secara pengecualian khas, menurut KSM.

Sementara itu, KSM memaklumkan Indonesia menyambut baik pelaksanaan aplikasi mudah alih “Working for Workers (WFW)” sebagai platform aduan isu perburuhan dan memohon aplikasi itu dapat digunakan secara efektif bagi menerima aduan daripada TKI dan PDI di Malaysia.

Hingga 5 Okt lepas, jumlah aduan yang diterima menerusi aplikasi itu sebanyak 12,132 kes, dengan aduan utama mengenai gaji tidak dibayar, lewat dibayar gaji serta potongan gaji tidak mengikut undang-undang. FMT

1 amah untuk keluarga tak lebih 6 orang sahaja


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen

Zeti izinkan wang RM2.6 bilion dibawa masuk?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker