Beli susu tetek online jadi trend di Britain

LONDON – Pakar-pakar kesihatan di Britain memberi amaran agar orang ramai tidak membeli susu tetek yang dijual secara online kerana berisiko mengandungi pelbagai jenis bakteria, virus dan dadah, lapor akhbar Daily Star semalam.

Trend penjualan susu tetek secara online mendapat sambutan di Britain. Akhbar The Guardian melaporkan bahawa ia dijual pada harga £15 (RM85.50) untuk bagi setiap 150 mililiter di laman eBay.

Seorang wanita di Britain baru-baru ini turut mendedahkan bahawa dia mampu menjana pendapatan sehingga £10,000 (RM56,987) hasil daripada jualan susu teteknya kepada ahli bina badan.



Susulan perkembangan trend tersebut, seorang penyelidik awam di Universiti Cambridge, Dr. Sarah Steele mendesak orang ramai agar tidak membeli susu tetek.

Menurutnya, susu tetek merupakan sejenis cecair badan dan kebanyakan iklan di laman eDgang mengandungi maklumat yang sedikit mengenai keselamatan dan penjual produk tersebut.

“Anda membeli susu tetek daripada orang asing yang tidak dikenali serta tidak menjalani saringan kesihatan. Anda tidak tahu keadaan penjual dan ia amat tidak selamat,” katanya.

Tambah Steele, susu tetek yang diberikan kepada bayi yang memerlukan perlu disaring dan dipasteur terlebih dahulu.



Penderma juga perlu menjalani pemeriksaan bagi jangkitan seperti virus kurang imun (HIV), Hepatitis B, sifilis, mengesan sama ada mereka merokok atau mengambil dadah.

“Susu tetek yang tidak disaring mengandungi banyak bahan yang tidak selamat. Ia mungkin tercemar dengan bahan-bahan cecair lain seperti susu lembu atau disimpan di dalam beg yang mengandungi kimia industri BPA,” ujarnya. – AGENSI

Beli susu tetek online jadi trend di Britain


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker