‘Ingin Mula Hidup Baru’, Usahawan Kontroversi Safiey Ilias Nak Jual Kereta Mustang Pula

‘Ingin Mula Hidup Baru’, Usahawan Kontroversi Safiey Ilias Nak Jual Kereta Mustang Pula

Selepas mengambil keputusan menjual rumahnya yang terletak di Sunway Montana, di sini dengan harga RM2.1 juta, usahawan kontroversi Safiey Ilias mahu menjual kereta mewah Mustang.

Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias berkata, kereta yang dibeli pada 2016 itu dijual dengan harga RM270,000.

“Memang sedih apabila nak jual Mustang saya ini. Tapi tak apa mungkin ini ketentuan buat saya. Terima kasih Allah sudi pinjamkan rezeki memiliki Mustang ini pada saya.

“Saya nak menjual semua aset dan harta yang ada. Saya nak menjadi orang biasa dan sederhana saja. Siapa yang membeli kereta ini, saya akan promosi Facebook dan Instagram dia. Pendek kata, saling membantu. Apa pun harga yang dinyatakan masih boleh dirunding,” katanya.

Safiey juga penyanyi lagu Syinta Gila berkata, duit yang diperoleh daripada menjual semua aset yang ada ingin digunakan untuk memulakan sesuatu yang baru.

“Kalau boleh tahun ini saya mahu memulakan sesuatu yang baru dan segar dalam hidup. Rezeki yang ada saya nak kongsi bersama,” katanya.-HM

‘Ingin Mula Hidup Baru’, Usahawan Kontroversi Safiey Ilias Nak Jual Kereta Mustang Pula

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker