Berjaya jejak anak yang diculik selepas 16 tahun

Yasir dan Rosalia bersama Salvador ketika dia baru dilahirkan pada tahun 2005 serta wajah terkini remaja itu (kanan). – Newsflash

BANDAR MEXICO – Sepasang suami isteri di Mexico berjaya menemui semula anak lelaki mereka yang diculik lebih 10 tahun lalu selepas melakukan analisis pengecaman wajah berteknologi tinggi, lapor akhbar Daily Star semalam.

Yasir Macias dan Rosalia Lopez kali terakhir melihat anak mereka, Salvador, pada 15 Disember 2005 ketika dia baru dilahirkan.

Seorang wanita yang menyamar sebagai jururawat Hospital Wilayah Am IMSS di Guadalajara mengambil Salvador daripada mereka dan memberitahu bahawa bayi itu perlu disusukan disebabkan waktu melawat telah habis.

Dia kemudian meninggalkan hospital tersebut dengan membawa bayi berkenaan.



Kini, selepas 16 tahun kemudian, pasangan tersebut bersatu semula dengan Salvador.

Pencarian mereka berhasil selepas satu prosedur analisis wajah terperinci dilakukan pada September lalu.

Analisis yang dijalankan oleh Institut Sains Forensik Jalisco itu menggunakan gambar Salvador ketika dilahirkan untuk mengenal pasti bagaimana rupa bayi itu kini.

Beberapa bulan kemudian, penyiasat berjaya menemui seorang remaja yang memiliki ciri-ciri yang amat serupa dengan analisis yang dijalankan.



Selepas melakukan beberapa ujian am ke atas remaja tersebut, Rosalia dan Yasir, mereka menemui padanan sebanyak 99.99 peratus.

Buat masa ini, pihak berkuasa masih menyiasat jenayah itu namun, tiada sebarang tangkapan dibuat berkenaan insiden penculikan setakat ini. – AGENSI

Berjaya jejak anak yang diculik selepas 16 tahun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker