Kami mahu jadi juara – Zii Jia

SELEPAS memastikan tempat di perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 yang dijadualkan berlangsung esok, Malaysia mula memasang impian lebih tinggi.

Perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia kini mula meletakkan status juara sebagai sasaran seterusnya menjelang aksi final di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Justeru, dia mengakui Malaysia perlu meletakkan juara sebagai sasaran akhir, sekali gus memperbaiki pencapaian di Manila, Filipina dua tahun lalu apabila sekadar muncul naib juara.

“Apa yang pasti, sasaran awal kita adalah untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir. Sekarang kita sudah masuk ke final dan sasaran akhir pastinya mahu jadi juara,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam hari ini, Malaysia menepati ramalan apabila mencatat kemenangan 3-0 ke atas Korea Selatan.

Mengulas aksinya ketika mencatat kemenangan 13-21, 21-13, 21-15 ke atas Jeon Hyeok-jin untuk mata pertama negara, Zii Jia berkata, dia masih berdepan kesukaran bagi menyesuaikan diri dengan pergerakan angin dalam gelanggang.

“Permainan hari ini seakan-akan sama dengan semalam kerana sukar untuk sesuaikan diri dengan angin dalam gelanggang. Selain itu, saya juga banyak lakukan kesilapan pada set pertama.

“Saya tidak pandang rendah kemampuan Hyeok-jin walaupun perbezaan ranking kami agak jauh kerana dia adalah seorang pemain berpengalaman sebelum dia menjalani pembedahan sebelum ini,” ujarnya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli

Mengapa MUDA Sangat Mesra Dengan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker