Hukum memendekkan ejaan salam di media sosial

Hukum memendekkan ejaan salam di media sosial

‘Salam’ dan ‘Aslmkm’ adalah lafaz memberi salam yang kebiasaan digunakan ketika memulakan bicara di aplikasi WhatsApp atau media sosial yang lain.

Namun, apakah hukum di sebalik memendekkan lafaz salam itu dan perlukah ia ditulis dengan lafaz yang penuh.



Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berpandangan, hukum memendekkan salam ketika bermesej adalah harus.

Menurutnya, ia diharuskan dengan syarat lafaz salam yang telah dipendekkan itu dapat difahami dengan maksudnya sebagai lafaz salam.

“Hal ini kerana seseorang itu tidak akan menulis atau memendekkan lafaz salam melainkan dia berniat atau bermaksud untuk memberi salam.

“Misalnya, dia menulis di awal mesejnya ‘salam’ atau ‘aslmkm’ atau apa-apa singkatan yang boleh difahami daripadanya bahawa penulis mesej berkenaan maksudkan sebagai memberi salam,” katanya menerusi artikel terbaharu portal, Maktabah Al-Bakri, hari ini.



Bagaimanapun, Zulkifli berkata, apa yang paling baik (afdhal) adalah memberi salam atau menulisnya dengan menggunakan lafaz yang sempurna, sekurang-kurangnya dengan lafaz ‘Assalamualaikum’. K Online

Hukum memendekkan ejaan salam di media sosial


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker