Pavira akhirnya dijumpai diperhentian bas

Pavira akhirnya dijumpai diperhentian bas

BENTONG – Kehilangan seorang pelajar perempuan tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketari, dekat sini selama sembilan hari akhirnya terjawab apabila dia dijumpai di sebuah perhentian bas di Kajang, Selangor hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Nohd. Kahar berkata, mangsa P. Pavira,15, ditemui di perhentian bas berkenaan bersama seorang lagi remaja perempuan berumur 17 tahun.



“Siasatan awal polis mendapati mangsa yang berusia 15 tahun itu dipercayai telah melarikan diri menggunakan perkhidmatan e-hailing menuju ke rumah rakannya yang terletak di Kajang.

“Pada masa ini mangsa telah dirujuk ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zaiham turut menasihati mana-mana ibu bapa agar sentiasa mengambil berat dan peka terhadap setiap tindak tanduk anak-anak mereka.

“Bagi pelajar pula dinasihatkan berkomunikasi dan berbincang dengan ibu bapa atau penjaga sekiranya menghadapi sebarang masalah dan jangan mengambil keputusan salah yang boleh menyebabkan kesulitan dan masalah kepada diri sendiri dan keluarga.



“Ibu bapa atau penjaga juga boleh berbincang dengan Pegawai Perhubungan Sekolah yang terdiri daripada pegawai polis di setiap sekolah,” ujarnya.

Terdahulu, pada 10 Februari lalu mangsa yang tinggal bersama ibu saudaranya di Bentong disedari hilang selepas tidak pulang ke rumah selepas waktu persekolahan kira-kira pukul 12 tengah hari.

Kehilangan mangsa disedari ibu saudaranya yang menerima panggilan daripada bapa mangsa yang menetap di Kuala Lumpur memaklumkan menerima panggilan telefon daripada pemandu van berusia 60 tahun menyatakan mangsa tidak menaiki van selepas tamat waktu persekolahan. K Online

Pavira akhirnya dijumpai diperhentian bas




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)



https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker