Tanam syabu RM504,000 dalam pasir

Dadah yang ditanam di dalam pasir di kawasan Pantai Parit Penyengat, Parit Jawa, Muar dirampas PPM Wilayah Dua dalam satu operasi Selasa lalu.

 

MUAR – Sindiket penyeludupan menggunakan taktik menanam bungkusan dadah di dalam pasir bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Tindakan itu bagaimanapun dapat dihidu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Muar.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah berkata, satu operasi dijalankan kira-kira pukul 6.30 petang di Pantai Parit Penyengat, Parit Jawa, di sini, Selasa lalu.

“Bertindak atas maklumat risikan dan maklumat awam berkaitan dengan aktiviti yang mencurigakan di kawasan Pantai Parit Penyengat, Parit Jawa, Muar.

“Semasa pemantauaan dan risikan dijalankan pasukan operasi telah menjumpai satu kotak berwarna coklat yang mencurigakan yang telah ditanam di dalam pasir dalam jarak 30 meter daripada pantai berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, didapati di dalam kotak itu mengandungi beberapa bungkusan lain dengan pecahan sebanyak 13 bungkusan teh Cina berwarna hijau disyaki dadah jenis syabu bernilai RM504,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhd. Zailani berkata, modus operandi itu dikesan menjadi salah satu taktik baharu yang digunakan oleh suspek dalam menjalankan kegiatan jenayah pengedaran dan penyeludupan dadah keluar ke negara jiran melalui jalan laut.

Jelasnya, kesemua barang kes tersebut telah dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.- KOSMO! ONLINE


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker