Kes Dadah Adun Dap, tunggu arahan AG

Kes Dadah Adun Dap, tunggu arahan AG

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang kini menunggu arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AG) berhubung keputusan siasatan terhadap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pasir Bedamar dari DAP, Terence Naidu yang dipercayai positif dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, kertas siasatan yang lengkap sudah diserah pihaknya kepada Pejabat Pendakwaan Negeri pada 3 Februari lalu.

“Antara laporan yang dikemukakan termasuk laporan patologi.

“Pada masa ini kami belum menerima sebarang maklumat rasmi daripada pejabat AG bagi tindakan pendakwaan atau sebaliknya,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan bahawa ADUN Pasir Bedamar itu mengakui mengenai penahanannya dalam serbuan polis di sebuah restoran di Perai, Pulau Pinang, di sini, pada pertengahan Januari lalu.

Terence ditahan bersama 35 individu lain selepas ujian saringan awal air kencing mereka positif dadah.

Terence membuat laporan polis sejurus dibebaskan dan mendakwa dia dihidang dengan minuman aneh ketika hadir ke perjumpaan serta makan malam sempena Tahun Baharu Cina. BH

Kes Dadah Adun Dap, tunggu arahan AG


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker