Mukhriz kata undi Pejuang akan dapat kerajaan penyayang

PETALING JAYA: Pejuang menawarkan kerajaan penyayang dan komited dalam memenuhi keperluan rakyat pada pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Presidennya, Mukhriz Mahathir berkata, tawaran itu selari dengan kehendak rakyat yang mahukan kerajaan prihatin dan tidak sibuk bermain politik yang jelas tidak memberi manfaat kepada mereka.

“Tawaran Pejuang (di Johor) ialah sebuah kerajaan penyayang.

“Sebuah kerajaan penyayang bermaksud apa juga keperluan rakyat baik dari sosial, pendidikan dan ekonomi, kita kena betul-betul cari satu penyelesaian yang memberi impak kepada rakyat secara positif,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Mukhriz berkata, antara fokus Pejuang adalah untuk merancakkan semula pertumbuhan ekonomi Johor yang menyaksikan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menurun dua tahun berturut-turut akibat pandemik Covid-19.

Mengulas berkenaan keputusan untuk bertanding secara solo Mukhriz berkata, tindakan itu bertujuan mengelakkan Pejuang terpaksa berkompromi dengan parti gabungannya dalam melaksanakan semua janji kepada pengundi.

Menurutnya, ini kerana mengambil iktibar daripada pengalaman berada dalam Bersatu yang tidak dapat menunaikan sepenuhnya janji kerana perbezaan pendapat dalam kalangan komponen Pakatan Harapan (PH) selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

“Contohnya di Johor, penting juga untuk sekolah agama kerajaan negeri mendapat peruntukan lebih, pastikan guru-gurunya gaji cukup, kebajikan pelajar terbela. Kalau kita sebahagian daripada gabungan, ia mungkin boleh timbul masalah,” katanya.

Terdahulu, Pejuang mengumumkan akan bertanding di 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara solo.

Jumlah kerusi yang bakal ditandingi parti itu adalah yang tertinggi dalam kalangan parti pembangkang malah menyamai jumlah kerusi yang ditandingi Umno dengan kesemuanya melibatkan kawasan majoriti pengundi Melayu.

Mukhriz kata undi Pejuang akan dapat kerajaan penyayang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker