Moderna bakal tubuh anak syarikat di Malaysia

Moderna bakal tubuh anak syarikat di Malaysia

Moderna Inc mengumumkan rancangan untuk menubuhkan anak syarikat baharu di Malaysia, disertai tiga anak syarikat lain di Taiwan, Singapura dan Hong Kong.

Ia bakal mengukuhkan kehadiran sedia ada syarikat bioteknologi perintis terapeutik dan vaksin messenger RNA (mRNA) yang disenaraikan di Nasdaq itu di rantau ini, termasuk operasi di Jepun, Korea Selatan dan Australia.



Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, Stéphane Bancel, berkata penubuhan anak syarikat baharu itu mencerminkan komitmen berterusan firma berkenaan terhadap rantau Asia Pasifik sebagai unsur penting dalam strategi jangka panjang dan wawasan komersialnya.

“Kami dengan sukacitanya mengumumkan kedatangan anak syarikat yang bakal membantu menyampaikan penyelesaian mRNA kepada rakyat Malaysia.

“Malaysia adalah peserta yang semakin berkembang dalam industri farmaseutikal dan bioteknologi, justeru kami berharap dapat meninjau peluang kerjasama tempatan ketika Moderna meluaskan jejaknya di rantau Asia Pasifik.

“Saya teruja untuk membina pasukan mantap yang dapat memenuhi potensi serantau dan platform mRNA yang kami tawarkan,” katanya menerusi satu kenyataan.



Rancangan Moderna untuk menubuhkan anak syarikat tempatan mencerminkan keyakinan syarikat itu terhadap trajektori pertumbuhan semasa industri farmaseutikal dan kesihatan di Malaysia.

Moderna juga terdorong oleh komitmen kerajaan terhadap penyelidikan dan pembangunan bioteknologi.

Ia sedang aktif merekrut pasukan untuk membina kehadiran yang kukuh dalam pasaran, ketika pembekalan terapeutik mRNA syarikat berkembang.

Pada masa ini, pembekalan Moderna merangkumi 40 program pembangunan, dengan 25 daripadanya sedang dalam ujian klinikal.



Syarikat itu terus mengemas kini strategi COVID-19 untuk menangani varian membimbangkan seperti Omicron selain mempelopori vaksin serta terapeutik baharu untuk pelbagai penyakit dan kondisi.

Moderna sedang membangunkan ubat-ubatan mRNA yang berpotensi mencegah dan merawat penyakit dengan keperluan ketara yang belum dipenuhi merentasi penyakit berjangkit, imuno-onkologi, penyakit yang jarang jumpa dan sangat jarang jumpa serta penyakit auto-imun.

Ia mempunyai pejabat di 12 pasaran seluruh dunia, 10 daripadanya adalah anak syarikat.

Beberapa pengawal selia sudah meluluskan vaksin COVID-19 Moderna di lebih 70 pasaran, termasuk sekurang-kurangnya 19 di rantau Asia Pasifik.



Pada Ogos 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan kelulusan bersyarat bagi vaksin COVID-19 Moderna untuk kegunaan kecemasan. BH

Moderna bakal tubuh anak syarikat di Malaysia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung



UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker